Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tak perlu lagi gadai nyawa daki 'tangga kejayaan'

Nov 23, 2016 | 11:45 AM



BEIJING: Ilmu tangga kejayaan, tetapi 15 kanak-kanak di sebuah kampung di China terpaksa naik turun sebuah tangga tinggi dan berbahaya terlebih dahulu sebelum mendapat ilmu.



Setiap dua minggu, kanak-kanak itu turun dan mendaki anak-anak tangga kayu tua dan usang - diperbuat daripada pokok menjalar dan dahan-dahan pokok - di sebuah tebing setinggi 800m untuk pergi dan balik dari sekolah berasrama penuh mereka



Kanak-kanak berusia enam hingga 15 tahun itu daripada 72 keluarga yang tinggal di kampung Atuler di daerah Zhaojue di wilayah autonomi Liangshan Yi, Sichuan.



Mereka mengambil masa dua jam untuk naik dan satu setengah untuk turun tangga itu.



Menurut seorang penduduk kampung, Encik Chen Jigu, tangga tersebut seusia kampung yang berabad lama itu, yang terletak di sebuah lembah di atas tebing tersebut.



Gambar 15 kanak-kanak itu menempuh bahaya untuk mengejar ilmu menjadi viral pada Mei lalu.



Namun sejak harian Beijing News menyiarkan laporan mengenai usaha mereka mendaki 'tangga kejayaan' penuh bahaya itu, kerajaan tempatan berjanji akan menggantikan tangga kayu itu dengan tangga keluli sementara secepat mungkin.



Tangga baru itu dilaporkan telah dipasang, memendekkan dan menjadikan perjalanan kanak-kanak tersebut lebih selamat.



Kebanyakan keluarga di kampung itu tinggal di rumah yang diperbuat daripada lumpur, jerami dan kayu. Penduduk kampung berkata nenek moyang mereka memilih tinggal di atas tebing itu untuk menyelamatkan diri daripada peperangan dan konflik puak.



Seminggu sekali, penduduk kampung menggunakan menuruni tangga tersebut untuk pergi ke pasar terdekat, yang terletak beberapa kilometer jauh, untuk membeli barang keperluan dan menjual produk pertanian mereka, terutamanya lada dan walnut.



Apabila cuaca buruk, mereka tidak meninggalkan kampung itu.



Penduduk yang terlalu sakit diikat pada belakang orang lain, dan kemudian dibawa turun atau naik dengan bantuan dua orang.



Ahli geologi Yang Yong berkata satu-satunya huraian kekal ialah memindahkan seluruh penduduk kampung itu, tetapi ini bermakna mereka akan kehilangan tanah mereka dan sumber pendapatan, lapor Beijing News.



Terdapat juga cadangan menjadikan kawasan itu tarikan pelancong.



Sekurang-kurangnya tujuh penduduk kampung dilaporkan mati terhumban ke bawah semasa menggunakan tangga lama itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >