Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taktik baru sindiket di Malaysia: Dadah dicampur minuman biasa

Aug 03, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sindiket dadah kini menyasarkan golongan remaja dengan membubuh dadah ke dalam minuman biasa untuk membuat mereka menjadi ketagih, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Pesuruhjaya Datuk Seri Mohmad Salleh.



Beliau berkata peket minuman itu dibuka dan dibubuh dadah sebelum ditutup semula. Dadah yang digunakan dipercayai syabu, Erimin 5, ketamin dan Ecstacy.



"Kami melihat trend ini ketika kami menyerbu kelab malam dan pesta liar. Ramai remaja meminum minuman biasa seperti minuman tenaga, teh lemon ais dan minuman ringan yang telah dibubuh dadah.



"Ini adalah helah pemasaran oleh sindiket untuk mendapatkan pelanggan baru. Seterusnya mereka mungkin menjualnya di sekolah dan taman permainan kerana dadah itu disembunyikan di dalam produk biasa," kata beliau dalam satu media di Bukit Aman kelmarin.



Sindiket dadah dipercayai menggunakan helah itu sejak dua tahun lalu dan ia kini semakin berleluasa, ujar Datuk Mohmad.



"Kami memandang serius perkara ini kerana kami mendapati ia semakin kerap dan semakin membimbangkan saban hari."



Beliau berkata ibu bapa perlu lebih waspada dan memeriksa botol atau tin minuman bagi tanda-tanda ia dicemari sebelum membiarkan anak mereka meminumnya.



"Polis akan bercakap dengan syarikat-syarikat pembuat minuman dan cuba mencari cara bagi mengatasi masalah ini," tambahnya.



Beliau juga mengeluarkan senarai kira-kira 30 jenama minuman biasa yang didapati dibubuh dadah, yang dirampas semasa serbuan.



Antara minuman itu ialah paket berlabel ''Detox Hi - Fibre Mango', 'Mango', 'Premium Tongkat Ali Coffee V3 Cool', 'My Cafe', 'Ribena Blackcurrant Fruit Juice', 'Ice Lemon Tea', 'Cadbury Hot Chocolate' serta 'Boh Ice Tea' dan berlogo Eiffel Tower, Hello Kitty, kupu-kupu serta kuda.



Datuk Mohmad berkata polis akan mengadakan sidang media dengan segera mengenai perkara ini.



Dalam kes berasingan, beliau berkata polis telah menahan empat anggota sindiket dadah dan merampas syabu sebanyak kira-kira 31 kilogram yang bernilai RM1.5 juta ($502,800).



"Kami menahan tiga daripada mereka di sebuah rumah di Bandar Sungai Long, Kajang, pada kira-kira pukul 9 malam Isnin dan mendapati dadah itu tersembunyi dalam pakej teh Cina.



"Lelaki keempat ditahan di perhentian rehat di Tanjung Malim, Perak, kira-kira sejam kemudian," katanya.



Datuk Mohmad berkata penangkapan itu ialah tindakan lanjut kepada kes lima lelaki ditemui membawa syabu sebanyak 102.99 kilogram bernilai RM5 juta oleh pegawai Kastam di lapangan terbang Sandakan, Sabah pada Februari lalu. - The Star, Utusan Melayu Oneline.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >