Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban bunuh dalang yang serang lapangan terbang Kabul

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Kumpulan Taleban dilaporkan membunuh dalang serangan bom bunuh diri di lapangan terbang Kabul, Afghanistan semasa pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) yang huru-hara pada 2021, menurut media AS.



Pegawai kanan pentadbiran AS yang enggan dikenali, memberitahu Politico bahawa dalang serangan itu dibunuh oleh pihak berkuasa Taleban beberapa minggu lalu.



Katanya, AS tidak terbabit dalam serbuan itu dan tidak menyatakan bila ia berlaku atau siapakah anggota Daesh yang didakwa terbunuh, untuk menjaga sensitiviti.



Namun, beliau mengesahkan dalang terbabit adalah anggota Daesh Khorasan iaitu cawangan kumpulan beroperasi di Afghanistan dan Pakistan, sebagai perancang utama.



Jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby memaklumkan, ketua Daesh itu dibunuh beberapa minggu lepas namun ia mengambil masa untuk mengesahkan kematiannya.



Identiti ketua Daesh itu tidak didedahkan.



Encik Kirby juga tidak mengesahkan jika dia terbunuh dalam operasi khas Taleban atau ketika pertempuran antara pemerintah dengan kumpulan pengganas itu.



"Pentadbiran Presiden AS, Encik Joe Biden, menangguhkan pengumuman itu sehingga perisikan AS dapat mengesahkan pembunuhan berkenaan dan keluarga 13 anggota tentera AS yang terkorban dimaklumkan terlebih dulu.



"Kami tidak bekerjasama dengan Taleban, tetapi kami fikir keputusan itu penting," kata pegawai kanan itu kepada Politico.



Letupan di Lapangan terbang Kabul mengorbankan kira-kira 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS yang mengawal lapangan terbang untuk laluan keluar dalam keadaan traumatik itu berlaku ketika mereka cuba meninggalkan Afghanistan pada 26 Ogos 2021.



Namun, operasi tentera secara besar-besaran itu berjaya membawa keluar lebih 120,000 orang dari negara terbabit dalam tempoh beberapa hari.



Pengeboman paling berdarah di Afghanistan itu mencetuskan gelombang kritikan terhadap Encik Biden atas keputusannya untuk menarik keluar tentera AS dari negara itu secara terburu-buru, selepas hampir 20 tahun mendudukinya.



Encik Biden sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Afghanistan, yang disifatkan pengkritik sebagai membuka jalan kepada Taleban kembali berkuasa.



Laporan Washington Post memetik dokumen Pentagon yang bocor baru-baru ini berkata, AS percaya sejak penarikan itu, Afghanistan menjadi 'pusat operasi baru' bagi kumpulan Daesh.



Taleban serta Daesh sekian lama terbabit dalam perjuangan di Afghanistan, dan pakar menyatakan kumpulan itu akan menjadi cabaran keselamatan terbesar bagi pemerintah Afghanistan yang baru pada masa hadapan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >