Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS DI AFGHANISTAN

Taleban cuba reda kebimbangan rakyat sedang rundingan bentuk pemerintah berjalan

Aug 19, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Ibu kota Afghanistan kelihatan tenang tetapi tegang sejak beberapa hari lalu selepas pihak Taleban mengisytiharkan "pengampunan" ke atas seluruh rakyat negara itu dan menggesa wanita menyertai perkhidmatan awam beberapa hari selepas ia menawan pemerintahan negara itu.



Pihak Taleban cuba meredakan kebimbangan penduduk di ibu kota, ramai yang telah pun berada di lapangan terbang untuk cuba meninggalkan negara itu kerana bimbang keganasan terus berlaku.



Kelmarin, lapangan terbang antarabangsa Kabul yang merupakan satu-satunya pintu keluar, dibuka untuk pesawat penyelamat tentera di bawah pengawasan tentera Amerika.



Penerbangan komersial masih digantung.



Pihak Taleban terus mengadakan rundingan berkenaan pemerintah sementara.



Agensi berita antarabangsa menukil pegawai yang identitinya dirahsiakan, bahawa pemimpin kanan Taleban, Encik Amir Khan Muttaqi, kini berada di Kabul bagi menjalankan rundingan tentang pembentukan pentadbiran pemerintah dengan kepimpinan politik Kabul, diwakili mantan presiden Hamid Karzai dan Encik Abdullah Abdullah, yang sebelum ini mengetuai majlis rundingan negara.



Para pegawai berkata rundingan itu bertujuan menyertakan pemimpin bukan Taleban ke dalam pemerintah, dengan jurucakap Taleban, Encik Suhail Shaheen, telah menyatakan "Afghanistan akan ditadbir oleh sebuah pemerintah yang inklusif".



Rakyat Afghanistan yang biasa dengan rundingan itu berkata beberapa sesi terus berlanjutan hingga ke malam dan telah diadakan sebaik Presiden, Encik Ashraf Ghani, meninggalkan negara itu.



Sementara itu, pihak Taleban telah menggesa wanita menyertai perkhidmatan awam, dengan seorang anggota suruhanjaya budaya Taleban, Encik Enamullah Samangani, mengulas buat pertama kali tentang pentadbiran pemerintah di peringkat pusat.



"Amiriah Islam Afghanistan tidak mahu wanita menjadi mangsa," kata Encik Samangani, menggunakan istilah rasmi yang digunakan pihak Taleban bagi Afghanistan.



"Mereka harus berada dalam struktur pemerintah mengikut undang-undang syariah."



Tambahnya lagi: "Struktur pemerintah belum jelas sepenuhnya, tetapi berdasarkan pengalaman, ia harus mempunyai kepimpinan Islam yang lengkap dan semua pihak harus sertai."



Dalam pada itu, landasan di lapangan terbang Kabul kini dibuka semula bagi pesawat berlepas dan mendarat, menurut kenyataan Encik Stefano Pontecorvo, wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan.



Penerbangan telah digantung pada Isnin lalu di tengah-tengah kekecohan yang berlaku di lapangan terbang.



Sementara itu di Berlin, Presiden Jerman, Encik Frank-Walter Steinmeier, mengkritik kuasa Barat atas keadaan huru-hara di lapangan terbang Kabul dengan ribuan orang Afghanistan berkumpul untuk melarikan diri dari negara itu selepas Taleban kembali berkuasa.



"Gambaran terdesak di lapangan terbang Kabul memalukan bagi politik Barat," katanya yang menyebut situasi di Afghanistan sebagai "tragedi manusia atas tanggungjawab bersama".



Encik Steinmeier berkata Jerman juga harus menolong mereka di Afghanistan yang berisiko, termasuk ramai wanita yang berani.



"Kegagalan usaha selama bertahun-tahun untuk membangunkan masyarakat yang stabil dan berdaya maju di Afghanistan menimbulkan persoalan asas pada masa lalu dan masa depan mengenai dasar luar serta pembabitan tentera kita," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >