Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Taleban isytihar perang di Afghanistan berakhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Taleban isytihar perang di Afghanistan berakhir

Aug 17, 2021 | 05:30 AM

KABUL: Kumpulan militan Taleban telah mengisytiharkan perang di Afghanistan sudah berakhir selepas ia menguasai istana presiden di Kabul, sedang pasukan pimpinan Amerika Syarikat mengundurkan diri dan negara Barat kelam-kabut untuk memindahkan penduduk mereka semalam.

Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani telah melarikan diri dan meninggalkan negara itu kelmarin apabila kumpulan militan memasuki ibu kota, sambil berkata beliau mahu mengelak pertumpahan darah sementara ratusan warga terdesak meninggalkan lapangan terbang Kabul.

"Hari ini adalah hari yang baik untuk rakyat Afghan serta golongan mujahidin. Mereka telah menyaksikan hasil usaha dan pengorbanan mereka selama 20 tahun," kata Encik Mohammad Naeem, jurucakap pejabat politik Taleban kepada media Al Jazeera TV.

Kumpulan Taleban mengambil masa hanya lebih seminggu untuk merebut kuasa negara itu selepas perbalahan berakhir di Kabul, apabila pasukan Afghanistan yang dilatih dan dilengkapi Amerika Syarikat serta negara lain yang menelan kos berbilion, menjadi rapuh.

Rakaman siaran Al Jazeera menunjukkan para komander Taleban di istana presiden dengan puluhan pejuang bersenjata.

Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3