Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Taleban mahu berucap di Perhimpunan Agung PBB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Taleban mahu berucap di Perhimpunan Agung PBB

Sep 23, 2021 | 05:30 AM

NEW YORK: Menteri luar baru Taleban telah meminta untuk berucap dengan pemimpin dunia pada pertemuan tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini di New York, kata jurucakap PBB kelmarin.

Duta Afghanistan yang digulingkan pihak Taleban bulan lalu juga telah meminta untuk berucap, dengan PBB belum memutuskan siapa yang akan mewakili negara itu di badan dunia tersebut.

Satu jawatankuasa sembilan anggota akan memutuskan dua permintaan itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada AFP, tetapi tidak jelas apakah jawatankuasa itu akan bertemu sebelum berakhirnya perhimpunan PBB itu pada Isnin ini.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menerima surat daripada Encik Amir Khan Muttaqi yang dilantik oleh Taleban "meminta untuk turut serta" dalam perbincangan peringkat tinggi, kata Dujarric.

Ia bertarikh Isnin 20 September - sehari sebelum sesi itu dimulakan - dan menyenaraikan Encik Muttaqi sebagai "Menteri Luar Negara", tambahnya.

Surat itu tidak menyatakan sama ada Encik Muttaqi mahu pergi ke New York untuk berucap atau sama ada Taleban akan menghantar pesanan video yang dirakam, seperti yang dilakukan banyak pemimpin pada tahun ini kerana Covid-19.

Surat itu juga menyatakan Encik Ghulam Isaczai "tidak lagi mewakili" Afghanistan di PBB.

Beliau adalah duta PBB bagi pemerintah Afghanistan yang telah digulingkan Taleban pada Ogos lalu sedang tentera AS keluar dari negara itu, mengakhiri perang 20 tahun mereka.

Surat Taleban itu mengatakan pihaknya telah mencalonkan jurucakap mereka yang berpusat di Doha, Encik Suhail Shaheen, sebagai wakil tetap Afghanistan ke PBB.

Catatan itu, yang mempunyai kepala surat "Emirat Islam Afghanistan, Kementerian Luar Negara," mengatakan mantan presiden Ashraf Ghani telah "digulingkan" pada 15 Ogos, hari beliau melarikan diri dari negara itu.

"Negara di seluruh dunia tidak lagi mengiktirafnya sebagai presiden," kata surat itu, menurut PBB.

Pada masa sama, jurucakap PBB juga berkata Encik Guterres telah menerima surat berasingan daripada Encik Isaczai, bertarikh 15 September, yang mengandungi senarai delegasi Afghanistan buat sesi tersebut.

Surat itu menyenaraikan Encik Isaczai sebagai wakil tetap Afghanistan, kata Dujarric. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3