Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban runding dengan bekas presiden, pegawai kanan Afghan

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Kumpulan Taleban, yang berjanji akan mempunyai pemerintahan "berbeza secara positif" di Afghanistan berbanding rejim kejam mereka dua dekad lalu, bertemu mantan presiden Hamid Karzai dan pegawai kanan Abdullah Abdullah kelmarin, sedang mereka berusaha membentuk pemerintah baru.



Rundingan itu dilakukan tatkala Presiden Ashraf Ghani - yang melarikan diri dari Afghanistan ketika pasukan Taleban mengepung ibu kota Kabul hujung minggu lalu - mengatakan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa beliau menyokong rundingan tersebut dan sedang dalam rundingan untuk pulang.



Pada masa sama, Amerika Syarikat melahirkan kebimbangannya bahawa kumpulan militan itu telah mengingkari janji akan memberi laluan selamat ke lapangan terbang bagi rakyat Afghanistan yang mahu keluar dari negara itu.



Sementara itu, walaupun Washington pernah menyokong Encik Ghani, Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Cik Wendy Sherman, berkata bahawa beliau "bukan lagi pemain penting" berkaitan politik Afghanistan.



Taleban kembali berkuasa di Afghanistan selepas hampir dua dekad digulingkan oleh serangan perikatan Barat yang dipimpin Amerika setelah serangan 11 September 2001.



Setelah berjaya, kumpulan itu berjanji tidak akan membalas dendam terhadap lawannya dan akan menghormati hak wanita, namun ada kebimbangan sejagat mengenai rekod hak asasi manusia mereka yang kejam pada masa lalu, dengan puluhan ribu rakyat Afghanistan masih mahu keluar dari negara itu.



Diplomat Amerika di Doha dan pegawai tentera di Kabul sedang "berinteraksi secara langsung dengan Taleban untuk menjelaskan bahawa kami mengharapkan mereka mengizinkan semua warga Amerika, semua warga negara ketiga dan semua warga Afghanistan yang mahu keluar dari negara itu melakukannya dengan selamat dan tanpa gangguan," kata Cik Sherman kepada wartawan di Washington.



Tatkala Taleban berusaha membentuk pemerintah, ketuanya Haibatullah Akhundzada mengarahkan pembebasan "tahanan politik", sambil memberitahu semua gabenor wilayah supaya membebaskan mereka "tanpa sekatan atau syarat", kata kumpulan tersebut.



Sementara itu, perunding Taleban Anas Haqqani bertemu Encik Karzai, pemimpin Afghanistan pertama yang disokong Barat setelah penggulingan kumpulan itu pada 2001, dan Encik Abdullah, yang memimpin dewan perdamaian pemerintah, kata kumpulan pemantau Site.



Pemimpin Taleban "telah mengatakan mereka mengampunkan semua mantan pegawai pemerintah dan oleh itu tidak perlu ada orang meninggalkan negara ini", ujar Site, setelah Taleban menerbitkan gambar Encik Haqqani bertemu Encik Karzai di Kabul.



Sementara itu, beberapa video, yang menunjukkan militan Taleban memandu kenderaan perisai buatan Amerika, menggunakan senjata api yang dibekalkan adikuasa dunia itu dan menaiki helikopter Black Hawk Amerika setelah kekalahan pasukan pemerintah Afghanistan yang dilatih Amerika, memalukan Rumah Putih.



Kumpulan militan itu, yang dengan mudah menguasai semula Afghanistan setelah mempertingkat serangan selama beberapa bulan, merampas sejumlah besar persenjataan, peralatan dan peluru daripada angkatan bersenjata negara itu, yang kebanyakannya dibekalkan oleh Washington sejak 20 tahun lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >