Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taleban tawan tiga lagi kota Afghanistan

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Taleban dilaporkan menawan tiga lagi ibu kota wilayah di Afghanistan dan satu ibu pejabat tentera tempatan.



Ini melengkapkan kempen Taleban merampas wilayah di timur laut Afghanistan dan akan menumpukan kepada kempen baharu di kawasan lain.



Ia kini mengawal dua pertiga Afghanistan, ketika tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang memuktamadkan pengunduran.



Ketika ini ibu negara, Kabul masih belum diserang Taleban.



Presiden Afghanistan Ashraf Ghani kelmarin pula terbang ke bandar Mazar-i-Sharif bagi mengumpulkan pasukan yang terkepung ekoran Taleban yang sudah mengambil lebih daripada satu perempat ibu kota wilayah itu dalam waktu kurang dari seminggu.



Kunjungannya itu segera dibayangi serah diri beramai-ramai ratusan tentera Afghanistan berdekatan Kunduz, diikuti penaklukan hanya dalam tempoh semalaman satu lagi ibu kota yang lain oleh Taleban, iaitu ibu kota kesembilan ditawan sejak Jumaat lalu.



Menurut tentera yang enggan dikenali, mereka dihujani tembakan mortar di lapangan terbang Kunduz dan tidak ada pilihan selain menyerah.



Di Mazar, Encik Ghani mengadakan perbincangan dengan orang kuat tempatan, Atta Mohammad Noor, dan panglima perang terkenal Abdul Rashid Dostum mengenai pertahanan bandar itu, ketika pejuang Taleban mendekati pinggirannya.



Kehilangan Encik Mazar akan membawa bencana besar kepada kerajaan Kabul dan menandakan runtuh sepenuhnya penguasaannya di utara yang sekian lama menjadi kubu anti-Taleban.



Beberapa jam sebelum Encik Ghani tiba, gambar yang disiarkan di akaun media sosial rasmi kerajaan menunjukkan Abdul Rashid Dostum menaiki pesawat di Kabul dalam perjalanan ke Mazar, bersama dengan sepasukan komando.



Pemangku Menteri Kewangan Afghanistan Khalid Payenda meletak jawatan, sekali gus meninggalkan negara itu selepas Taleban berjaya menawan kawalan kastam.



Kejayaan penting itu memberi peluang Taleban memperoleh hasil lebih cepat di samping berusaha mengawal pentadbiran hasil, sekali gus memaksa kerajaan kehilangan pengaruh.



"Payenda mengundurkan diri dan meninggalkan negara itu berikutan Afghanistan bergelut dengan kemerosotan pendapatan selepas pengambilalihan pentadbiran kastam," kata jurucakap Kementerian Kewangan Mohammad Rafi Tabe dalam temu bual melalui telefon kelmarin.



Kepantasan Taleban menguasai wilayah ini menimbulkan persoalan kesediaan kerajaan Afghanistan menguruskan kawasan luar bandar selepas tentera AS dan NATO berundur.



Tentera Amerika dijangka melengkapkan pengunduran akhir bulan ini.



Menurut laporan, tentera Amerika telah melakukan beberapa serangan udara, namun tidak ada operasi darat.



Lapor BBC, kumpulan militan itu menguasai bandar utara Kunduz, Sar-e-Pul dan Taloqan.



Ini bermakna lima bandar sudah jatuh ke tangan Taleban sejak Jumaat lalu, dengan Kunduz menjadi bandar terpenting kumpulan militan itu pada tahun ini.



Bandar Kunduz, Sar-e-Pul dan Taloqan ditawan dalam tempoh beberapa jam dengan seorang penduduk menggambarkan keadaan itu sebagai 'kekacauan'.



Seorang jurucakap kumpulan itu menerusi temu bual dengan stesen televisyen Al Jazeera memberi amaran terhadap campur tangan AS di Afghanistan.



Keganasan meningkat di seluruh Afghanistan selepas Amerika dan negara asing lain mula menarik keluar pasukan tenteranya dari negara tersebut setelah 20 tahun melakukan operasi ketenteraan.



Militan Taleban cuba menguasai beberapa bandar sejak beberapa minggu lalu.



Selepas menguasai kawasan desa, mereka kini menyasarkan beberapa pekan dan bandar utama di Afghanistan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >