Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taliban tidak layan tekanan gesa batal larangan wanita masuk universiti

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



KABUL: Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan, Encik Nida Mohammad Nadim, menegaskan pendirian Taliban yang tidak akan melayan sebarang tuntutan dalam bentuk tekanan terhadap prinsip Islam, termasuk larangan wanita negara itu mendapatkan hak pendidikan di universiti.



Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan, Encik Ziaullah Hashmi, selepas Encik Nida bertemu dengan utusan kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Markus Potzel.



Encik Nida adalah menteri yang bertanggungjawab melarang kemasukan wanita ke universiti sejak 20 Disember lalu.



Beliau mempertahankan larangan itu atas alasan ia diperlukan untuk menghalang percampuran jantina di universiti, selain percaya beberapa subjek melanggar prinsip Islam.



Dalam pertemuan itu, Encik Ziaullah berkata, Encik Nida memaklumkan kepada Encik Potzel bahawa pengkritik menyelar pelaksanaan hal ehwal Islam dengan menggunakan pendidikan sebagai alasan mencapai 'matlamat jahat' mereka.



"Kami perlu memastikan tiada ruang untuk mereka mengkritik, dan pada masa sama memenuhi harapan warga Afghanistan yang sudah berkorban demi pemerintahan Islam dan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini," kata Encik Nida kepada Encik Potzel dalam pertemuan itu.



Pihak berkuasa Taliban mengarahkan universiti awam dan swasta melarang kemasukan wanita sejak 20 Disember lalu, yang mencetus kritikan antarabangsa, termasuk dari negara majoriti Muslim seperti Arab Saudi, Qatar dan Turkey.



Ia kemudian disusuli dengan larangan terhadap wanita Afghanistan bekerja dengan badan bukan pemerintah (NGO) nasional dan antarabangsa.



Encik Potzel bertemu dengan Encik Nida untuk berbincang mengenai larangan wanita negara itu mendapatkan hak pendidikan di universiti.



"Kami menggesa larangan itu dibatalkan segera dalam pertemuan dengan Encik Nida, dan menyifatkan negara itu memasuki fasa baharu krisis.



"Larangan Taliban terhadap wanita dalam pendidikan dan bekerja untuk agensi bantuan akan menjejaskan semua warga Afghanistan," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >