Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tampungan ICU di M'sia cecah 80 peratus, sesetengah hospital penuh susuli tambahan pesakit Covid-19

May 16, 2021 | 06:45 PM



PETALING JAYA: Hospital kerajaan di Malaysia kian ketandusan katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19 sedang bilangan yang jatuh sakit teruk bertambah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 



Beliau berkata kadar penghunian ICU di hospital sekitar ibu negeri Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah dan Perak melebihi 80 peratus dengan beberapa hospital malah telah menggunakan kesemua katil ICU yang dikhususkan buat merawat pesakit Covid-19.



Buat masa ini, Dr Noor Hisham berkata, terdapat sejumlah 1,388 katil ICU di 78 hospital kerajaan dan hospital bagi tujuan pendidikan di merata negara. Dari sejumlah itu, 850 katil atau 61 peratus diketepikan bagi merawat pesakit Covid-19.



"Ini adalah jumlah keseluruhan yang wujud bagi kedua-dua kes Covid-19 dan bukan Covid-19. Dari sejumlah ini, kami telah mengetepikan 850 katil ICU bagi pesakit Covid-19.



"Bagaimanapun, bilangan katil ICU buat pesakit Covid-19 sudah ditambah dari masa ke masa apabila ada keperluan," jelasnya dalam satu lampiran pos Facebook pada Sabtu (15 Mei). 



Menurutnya lagi, sedang hospital boleh mengubah wad biasa menjadi wad ICU yang lengkap dengan peralatan yang diperlukan, payah bagi melaksanakan segalanya dengan sempurna jika kes Covid-19 yang kritikal kian bertambah. 



Dr Noor Hisham menjelaskan pihak hospital memperuntukkan sejumlah katil di ICU mereka bagi pesakit Covid-19 dan pesakit yang mengalami kondisi kritikal dengan bilangannya bergantung pada bilangan kes yang memerlukan rawatan.



"Apabila bilangan kes Covid-19 yang kritikal berkurangan, jabatan kesihatan negeri mungkin akan mengurangkan katil ICU bagi merawat pesakit Covid-19. Jika jumlahnya bertambah, bilangan katil juga akan ditambah," ujarnya.



Menurutnya lagi, pihak hospital bersedia mengubah kegunaan ruang lain sebagai unit ICU sebagai sebahagian strategi kesediaan bagi menangani peningkatan kes.



Pada 7 Mei lalu, kerajaan melaporkan tambahan 44 peratus kemasukan kes kritikal di ICU serata negara sejak dua minggu sebelum ini. Pada masa itu, kadar penggunaan katil ICU di 22 hospital Covid-19 dikatakan telah melebihi 70 peratus dengan ada yang sudah mencecah lebih 90 peratus.



Sehingga Ahad, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 3,780 kes Covid-19 baru, menjadikan bilangan kumulatifnya kini mencecah 470,110 kes.



Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi sebanyak 1,275 kes disusuli Sarawak (405), Kedah (363) dan Kelantan (357). - The Star/Asia News Network



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >