SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tan Sri Ahmad Rithauddeen meninggal

Tan Sri Ahmad Rithauddeen meninggal

May 1, 2022 | 5:30 AM

Tan Sri Ahmad Rithauddeen meninggal

MANTAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA: Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. - Foto fail
MANTAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA: Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. - Foto fail -

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Pertahanan Malaysia, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada 8.43 malam kelmarin akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Anak veteran Umno itu, Tengku Farith, berkata bapanya, yang mesra disapa Ku Deen, mengalami serangan angin ahmar dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan pulang.

"Tetapi pagi ini Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi agensi berita Bernama di sini malam kelmarin.

Tengku Farith berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta 8.30 pagi semalam untuk dimandikan dan solat jenazah di masjid itu sebelum dikebumikan.

Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974) dan beberapa jawatan lain. - BHM

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg