Premium
Tanah runtuh di China: Puluhan masih hilang
Sep 30, 2016 | 5:30 AM
MASIH HILANG: Beginilah keadaan kawasan tanah runtuh di perkampungan Sucun, timur wilayah Zhejiang, China, yang dilanda tanah runtuh. Sekitar 27 orang masih dilaporkan hilang. - Foto AFP -
BEIJING: Sekurang-kurangnya 27 orang dikhuatiri masih hilang selepas satu kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di timur China menimbus berpuluh kediaman yang mungkin membabitkan angka korban yang tinggi, kata media rasmi.
Kejadian sekitar 5 petang (waktu tempatan) itu berlaku di kampung Sucun di daerah Suichang dalam wilayah Zhejiang, kata agensi berita rasmi Xinhua.

