Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tanda tanya kronisme apabila bekas penolong Anwar dilantik pengerusi 2 firma

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



BEKAS penolong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dilantik sebagai pengerusi dua syarikat tersenarai dalam masa lebih seminggu, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai hubungan rapat antara kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dengan taikun perniagaan.



Encik Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik Datuk Anwar yang dikenali sebagai "anak emas" dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyandang dua jawatan pengerusi syarikat dalam tempoh lapan hari, selepas Datuk Anwar menjadi perdana menteri lebih sebulan lalu, menurut laporan The Straits Times.



Encik Farhash dilantik sebagai pengerusi rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad pada Selasa.



41.8 peratus pegangan dalam rangkaian kedai di Malaysia itu dimiliki oleh hartawan yang mempunyai kaitan dengan politik, Tan Sri Vincent Tan.



Encik Farhash juga menyandang jawatan pengerusi eksekutif kumpulan firma broker saham, Apex Equity Holdings Berhad, pada 27 Disember lalu.



Bekas ketua PKR Perak tersebut tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, tetapi penganalisis politik menyifatkan kedua-dua jawatan pengerusi itu sebagai tanda kebimbangan terhadap pemimpin reformis, Datuk Anwar, yang telah mengikrarkan tadbir urus yang baik dalam pentadbirannya.



"Sejak sebulan yang lalu, Datuk Seri Anwar telah mengatasi jangkaan, jadi ini adalah tanda pertama masalah walaupun ia adalah bekas setiausaha politiknya... ahli PKR mendapati ia menghairankan bahawa seseorang yang kurang pengalaman berbanding orang yang berkelayakan kanan boleh berpengaruh," kata seorang pengamat politik yang enggan namanya disiarkan.



Ketika Datuk Anwar menjadi timbalan perdana menteri pada 1990-an, sekutunya, Datuk Kamarudin Jaffar, juga dilantik memegang jawatan korporat tinggi, seperti dalam projek mega Kuala Lumpur Linear City kendalian Tan Sri Tan, yang bernilai RM10 bilion ($3.05 bilion).



Menurut pemfailan dengan Bursa Malaysia, Encik Farhash mempunyai ijazah dalam pentadbiran perniagaan dan mempunyai "pengalaman lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan nasihat".



"Walaupun dengan pengalaman selama sedekad Encik Farhash, ada yang berpendapat beliau masih tidak layak menyertai firma broker saham seperti Apex Equity.



"Tetapi memandangkan ini adalah syarikat swasta, mereka mempunyai hak mutlak memutuskan apa yang sesuai untuk ahli lembaga mereka," kata penganalisis kanan BowerAsiaGroup, Cik Arinah Najwa.



Tetapi pengkritik berkata pelantikan itu tidak beretika dan membayangkan kronisme dalam pentadbiran Datuk Anwar, yang telah memperjuangkan pembaharuan dan menentang kronisme dan rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >