Tangkap ikan haram: Indonesia 'akan panggil duta China'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tangkap ikan haram: Indonesia 'akan panggil duta China'

Mar 21, 2016 | 10:39 AM

Tangkap ikan haram: Indonesia 'akan panggil duta China'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gambar daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menunjukkan kapal nelayan haram FV Viking dimusnahkan di Pangandaran, Jawa Barat, pada 14 Mac. Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Cik Susi Lahat, mahu kapal tangkap ikan China KM Kway Fey, yang dapat menggelak ditahan, dimusnahkan juga.
Gambar daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menunjukkan kapal nelayan haram FV Viking dimusnahkan di Pangandaran, Jawa Barat, pada 14 Mac. Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Cik Susi Lahat, mahu kapal tangkap ikan China KM Kway Fey, yang dapat menggelak ditahan, dimusnahkan juga. - AFP

JAKARTA: Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Cik Susi Lahat, merancang memanggil duta China di Jakarta pada Isnin (21 Mac) berhubung satu kejadian di Laut Natuna melibatkan bot nelayan haram China.

"Esok, saya akan memanggil duta China ke pejabat saya," kata Cik Susi kepada pemberita di kediamannya pada Ahad, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.

"Pemerintah mereka tidak boleh menyokong penangkapan ikan secara haram dan tidak terkawal."

Cik Susi berkata pihak berkuasa Indonesia memintas sebuah kapal China, KM Kway Fey, dan menahan lapan anak kapalnya selepas ia dikesan menangkap ikan secara haram di perairan berhampiran Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

Sebuah kapal pengawal pantai China campur tangan dan, menurut Detiknews, bertembung dengan Kway Fey semasa ia sedang ditarik oleh sebuah kapal Indonesia.

Akibatnya, kapal nelayan China itu dapat mengelakkan daripada ditahan.

Cik Susi, yang terkenal dengan pendirian tegas beliau terhadap penangkapan ikan secara haram dan membenarkan kapal yang ditangkap berbuat demikian di perairan Indonesia diletupkan, berkata nota diplomatik akan dihantar ke China.

Beliau menegaskan Kway Fey mesti dikenakan tindakan. "Saya mahu kapal itu diletupkan di sini," katanya.

Seorang pegawai Kementerian Luar di Jakarta, Encik Edi Yusuf, berkata kementerian itu juga akan memanggil duta China sebaik sahaja ia menerima maklumat lanjut mengenai kejadian Sabtu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai Filipina mengalu-alukan pada Ahad satu perjanjian baru yang memberi tentera Amerika Syarikat akses kepada lima pangkalan Filipina, dan berkata ini akan mengukuhkan keupayaan pertahanan dan keselamatan maritim negaranya.

Di bawah perjanjian itu, tentera Amerika boleh bergilir-gilir pergi ke lima pangkalan Filipina, termasuk yang dekat dengan Laut China Selatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg