Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tapak khemah beroperasi tanpa lesen sah

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



HULU SELANGOR: Pengusaha tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali di Gohtong Jaya beroperasi secara terlarang tanpa lesen sah sebagai tapak kegiatan perkhemahan.



Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, berkata syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan mendakwa mereka tidak mengemukakan permohonan untuk mewujudkan tapak perkhemahan.



"Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor.



"Ini adalah satu kesalahan... dan sekiranya didapati bersalah, boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 ($15,333)," katanya semasa sidang media ketika melawat tempat kejadian.



Tambahnya, pengusaha yang ingin menjalankan kegiatan perkhemahan di kawasan berisiko perlu dan wajar mendapat nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geo Sains Malaysia.



Encik Nga berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang, lapor Sinar Harian.



Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahkan penutupan tapak perkhemahan selama tujuh hari di seluruh negara.



"Arahan telah dikeluarkan... kepada 155 pihak berkuasa tempatan untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuatkuasa serta merta.



"Saya tidak mahu lagi melihat kejadian ini berlaku, jadi tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisiko akan dikosongkan sehingga kerajaan berikan arahan baru," ujarnya.



Menerusi laman Twitter mereka semalam, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pelbagai pasukan penyelamat akan terus menggiatkan usaha dan tidak berputus asa untuk mencari dan menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.



"(Encik Nga) turut menasihatkan orang awam menangguhkan rancangan bagi kegiatan riadah di kawasan bukit, air terjun dan kawasan yang berisiko pada masa ini selaras dengan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan luruan kedua yang dijangka berlaku 17 hingga 20 Disember," kata KPKT.



Semasa melawat tempat kejadian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut mengarahkan agar semua kegiatan luar termasuk perkhemahan di kawasan Batang Kali dihentikan hingga dimaklumkan kelak, lapor akhbar The Straits Times.



Menurutnya, ketua polis daerah di Hulu Selangor telah mengeluarkan arahan itu kepada semua tapak perkhemahan dan lokasi berhampiran Batang Kali.



"Ia merupakan langkah berjaga-jaga kerana kita mahu mengelak orang ramai daripada menjadi mangsa kejadian tanah runtuh.



"Segala kegiatan di kawasan berhampiran dan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh dihentikan serta merta sementara kawasan tapak perkhemahan yang beroperasi di Batang Kali diarahkan hentikan proses menerima pengunjung dan pelanggan baru," ujar beliau selepas melawat tempat kejadian.



Menurut The Straits Times, antara mereka yang terselamat termasuk sebuah keluarga dari Singapura.



Penduduk Tetap (PR) Singapura, Encik Tee Yeow King, 37 tahun, berada di tapak perkhemahan itu bersama isteri dan dua anaknya yang berumur tiga dan tujuh tahun.



Menurut Encik Tee, khemah mereka merupakan salah satu daripada dua khemah yang tidak terjejas dek tanah runtuh itu.



Tambahnya, mereka sedang bercuti bersama beberapa teman dari Malaysia ketika itu.



Encik Tee berkata beliau baru hendak tidur sekitar 2 pagi apabila beliau terdengar bunyi yang semakin kuat dari luar khemahnya.



"Bunyinya bertambah kuat dan saya tidak pernah dengar bunyi seperti itu... dan bunyinya seperti menuju ke arah kami tetapi sudah terlambat untuk lari keluar dari khemah kami dalam keadaan gelap itu.



"Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Kami amat bertuah," ujarnya sambil bertambah mereka hanya harapkan yang terbaik sambil berlindung dalam khemah mereka.



Sekitar 3 pagi, beberapa mangsa yang terselamat termasuk Encik Tee sekeluarga dipindahkan keluar dari tempat itu dan diperiksa paramedik.



Mereka kemudian dibawa ke balai polis Ulu Yam Bharu.



Antara mangsa yang berjaya diselamatkan juga termasuk 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kuala Lumpur serta ahli keluarga mereka.



Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata terdapat kemungkinan berlaku risiko runtuhan susulan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm itu.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menzahirkan rasa sedih dengan kejadian tanah runtuh di Batang Kali itu menerusi laman Facebooknya.



"Saya amat sedih apabila membaca berita ini dan berharap seluruh ahli keluarga mangsa banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini," titahnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >