Tapak kilang bersejarah Russia dijilat api

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tapak kilang bersejarah Russia dijilat api

Apr 14, 2021 | 5:30 AM

Tapak kilang bersejarah Russia dijilat api

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

SAINT PETERSBURG: Satu kebakaran besar dilaporkan di kilang bersejarah di bandar kedua Russia, Saint Petersburg, kelmarin.

Kementerian kecemasan berkata 40 orang sempat dikeluarkan, tetapi satu pegawai bomba meninggal dunia dan dua lagi dimasukkan ke hospital semasa operasi memadamkan kebakaran itu.

Kementerian tersebut berkata kebakaran itu berlaku di beberapa tingkat bangunan Nevskaya Manufaktura berbatu merah itu di Tetambak Oktyabrskaya di Sungai Neva.

Punca kebakaran tidak segera diketahui.

Disenaraikan oleh pemerintah bandar Saint Petersburg sebagai tapak warisan budaya, bangunan itu menempatkan antara syarikat kain terbesar di Russia, lapor laman berita Fontanka.

Kilang itu dikendalikan sebagai entiti negara semasa tempoh Soviet, dan kemudian diswastakan pada 1992.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, sebahagian bangunan itu terus menghasilkan kain sementara bahagian lain disewa sebagai ruang pejabat dan beberapa kawasan lain terbiar kosong.

Agensi berita TASS kendalian pemerintah melaporkan kementerian kecemasan kali terakhir melakukan pemeriksaan ke atas bangunan itu pada 16 Mac, dan menemui sembilan pelanggaran. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg