SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tarikh 1 Syawal: Rakyat M'sia diingat rujuk sumber rasmi, bukan media sosial

Tarikh 1 Syawal: Rakyat M'sia diingat rujuk sumber rasmi, bukan media sosial

Apr 11, 2023 | 5:30 AM

Tarikh 1 Syawal: Rakyat M'sia diingat rujuk sumber rasmi, bukan media sosial

MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL: Encik Fahmi Fadzil.
MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL: Encik Fahmi Fadzil. -

SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan untuk pengumuman tarikh hari pertama Syawal.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan dan maklumat yang disiarkan di media sosial.

"Pengumuman rasmi hanya dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Jangan ambil tarikh dari Indonesia, Amiriah Arab Bersatu, TikTok atau WhatsApp.

"Kita perlu rujuk saluran rasmi... kalau tak pasti, jangan kongsi," katanya di majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati pada Ahad.

Terdahulu, Encik Fahmi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital (Sidec) Selangor yang menganjurkan Anugerah Usahawan Gempak yang bertujuan mengiktiraf usahawan tempatan atas sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

"Insya-Allah, saya akan minta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec bagi memastikan kita mempunyai sinergi kerana kita mahu memastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hab ekonomi digital," katanya. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg