Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Taruhan bodoh' berkaitan pelaburan China punca ekonomi Sri Lanka runtuh: Ketua CIA

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), Encik Bill Burns, menyalahkan "taruhan bodoh" berkaitan pelaburan China yang menyebabkan kadar hutang tinggi sebagai faktor kejatuhan ekonomi Sri Lanka, dengan mengatakan ia harus menjadi amaran kepada negara-negara lain.



"China mempunyai banyak sumber untuk dibelanjakan dan mereka boleh membuat kes amat menarik berkaitan pelaburan mereka," kata Encik Burns di Forum Keselamatan Aspen.



Tetapi negara dunia harus melihat "tempat seperti Sri Lanka hari ini - amat berhutang besar kepada China - yang telah membuat beberapa taruhan yang benar-benar bodoh tentang masa depan ekonomi mereka" dan mengalami akibat serius, baik dari segi ekonomi dan politik.



"Ini, saya fikir, sepatutnya menjadi pengajaran kepada banyak negara lain - bukan sahaja di Timur Tengah atau Asia Selatan, bahkan di seluruh dunia - agar membuka mata anda tentang urusan seperti itu," katanya.



China telah melabur besar di Sri Lanka - terletak secara strategik di Lautan Hindi dan berdekatan India, sering dilihat sebagai pesaing Beijing - dan bekerjasama rapat dengan bekas presiden Gotabaya Rajapaksa.



Encik Rajapaksa terpaksa meninggalkan negara itu dan meletak jawatan minggu lalu sedang beliau menghadapi bantahan besar-besaran berhubung keadaan ekonomi yang teruk, dengan negara itu hampir kehabisan bekalan makanan dan bahan tenaga.



Sri Lanka telah meminjam jumlah besar daripada China bagi projek infrastruktur, beberapa daripadanya berakhir sebagai 'entiti yang jarang digunakan'.



Pada 2017, Sri Lanka tidak dapat membayar balik pinjaman AS$1.4 bilion ($1.95 bilion) bagi pembinaan pelabuhan di selatan negara itu dan terpaksa menyewakan kemudahan itu kepada syarikat China selama 99 tahun.



Berhampiran pelabuhan itu adalah Lapangan Terbang Rajapaksa, dibina dengan pinjaman AS$200 juta dari China, yang jarang digunakan sehingga pada satu ketika ia tidak dapat menampung bil elektriknya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >