Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taufan Bualoi: Vietnam pindah ribuan orang, tutup lapangan terbang

Sep 28, 2025 | 1:17 PM
Taufan. Vietnam
Pepatung tangan di sebuah taman permainan sengaja diletakkan di atas tanah di wilayah Quang Ninh, sedang Vietnam bersiap sedia menghadapi taufan. - Foto AFP

HANOI: Vietnam menutup lapangan terbang dan memindahkan ribuan orang di kawasan yang berpotensi terjejas ketika Taufan Bualoi menuju ke arah negara itu, beberapa hari selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan banjir meluas di Filipina.

Taufan dengan kelajuan angin sehingga 133 kilometer sejam (kmh) pada 10 pagi waktu Singapura, dijangka mendarat di tengah Vietnam lewat 28 September, lebih awal daripada ramalan sebelumnya kerana ia bergerak pantas, menurut agensi ramalan cuaca kebangsaan Vietnam.

“Ini adalah ribut yang bergerak pantas – hampir seganda kelajuan purata – dengan keamatan yang kuat dan kawasan impak yang luas. Ia mampu mencetuskan pelbagai bencana alam secara serentak, termasuk angin kencang, hujan lebat, banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan banjir pantai,” tambah agensi itu.

Pihak berkuasa di wilayah tengah Ha Tinh telah mula memindahkan lebih 15,000 orang, kata pegawai pemerintah, sambil menambah ribuan tentera sedang bersiap sedia.

Vietnam menggantung operasi di empat lapangan terbang pantai mulai 28 September, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Danang, dan mengubah masa berlepas beberapa penerbangan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Hujan lebat telah menyebabkan banjir di Hue dan Quang Tri, kata pemerintah.

Dengan pantai yang panjang menghadap Laut China Selatan, Vietnam terdedah kepada taufan yang sering membawa maut.

Pada 2024, Taufan Yagi membunuh sekitar 300 orang dan menyebabkan kerosakan harta benda AS$3.3 bilion ($4 bilion). – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg