Taufan dijangka melanda, Filipina pindahkan penduduk sementara Sukan SEA berlangsung

MANILA/CLARK: Filipina telah mula memindahkan ribuan penduduk, menurut pegawai tempatan hari ini, akibat taufan kuat yang dijangka melanda beserta hujan lebat, angin kencang dan mengancam lokasi-lokasi pertandingan Sukan SEA. 

Ramalan cuaca menjangkakan taufan Kammuri melanda petang Isnin atau pagi Selasa, dengan angin selaju 170 kilometer sejam. 

Ribut tersebut memasuki wilayah Filipina pada petang Sabtu, sejurus sebelum Presiden Rodrigo Duterte dan bintang tinju Manny Pacquiao melancarkan acara sukan tersebut dalam majlis pembukaan yang gah. 

Acara sukan tahun ini yang berlangsung di Clark, Manila dan Subic hingga 11 Disember amat kompleks dengan sebanyak 56 sukan yang dipertandingkan di pelbagai lokasi. 

Penganjur berkata terdapat rancangan kontingensi jika berlakunya taufan, termasuk membatalkan acara sukan di luar yang kebanyakannya akan berlangsung di pulau Luzon.