Topik diikuti
Pergi ke BHkuTaufan Hanna timpa kemusnahan di pantai Texas, AS, Mexico
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 28, 2020 | 5:30 AM
PORT MANSFIELD (Texas): Taufan Hanna meninggalkan kesan kemusnahan di pantai Texas kelmarin, menterbalikkan traktor-treler, menumbangkan saluran kuasa dan merobohkan sebahagian tembok sempadan Amerika Syarikat-Mexico sedang ribut itu mengancam kawasan tersebut dengan hujan yang turun mencurah-curah.
Akhirnya berkurangan kekuatan menjadi ribut tropika, Hanna mendarat di Pulau Padre pada petang Sabtu sebagai taufan Kategori 1 pada skala angin lima peringkat Saffir-Simpson dan kemudian membuat pendaratan kedua di Wilayah Kenedy, Texas.
