Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taufan Kammuri: Warga Singapura di Filipina digesa berhati-hati

Dec 2, 2019 | 4:56 PM
Taufan Kammuri melanda Gamay, Utara Samar, di Filipina pada 2 Disember 2019. FOTO: REUTERS
Taufan Kammuri melanda Gamay, Utara Samar, di Filipina pada 2 Disember 2019. FOTO: REUTERS -

WARGA Singapura di Filipina digesa mengambil tindakan berhati-hati dan usah berada di luar sedang Taufan Kammuri dijangka melanda negara tersebut.

Sementara itu, ribuan orang telah pun diarah keluar, penerbangan dibatalkan dan sekolah-sekolah ditutup.

Notis itu diberikan Kedutaan Singapura dalam satu pos di Facebook.

"Hujan lebat dan angin kencang yang kerap hingga berterusan (frequent to continuous) dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang," kata kedutaan itu yang menambah bahawa kawasan rendah mungkin terjejas oleh banjir.

"Sila ambil langkah berjaga-jaga dan tinggal dan usah keluar, serta jauhi tingkap. Terus pantau berita tempatan dan perhatikan nasihat dari PAGASA," tambahnya.

PAGASA ialah biro cuaca Filipina.

Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular juga digesa menghubungi Kedutaan Singapura di Manila di +63 2 8856 9922 antara 8.30 pagi dan 5 petang atau di +63 917 860 4740, talian kecemasannya selepas waktu pejabat.

Dengan angin maksimum 150 kilometer sejam berhampiran pusat dan tiupan sehingga 185 kilometer sejam, Taufan Kammuri, atau dikenali sebagai Tisoy, dijangka melanda timur negara tersebut malam ini (Isnin, 2 Dis) atau awal esok (Selasa, 3 Dis), menurut PAGASA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg