Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan Sarai landa Fiji, seorang maut lebih 2,500 terpaksa pindah

Dec 29, 2019 | 01:27 PM



MELBOURNE: Seorang terkorban di Fiji dan seorang lagi hilang selepas taufan Sarai melanda negara Pasifik Selatan dengan angin kencang dan hujan lebat, menurut pihak berkuasa hari ini.



Pejabat Pengurusan Bencana Nasional Fiji berkata seorang individu kini diberi rawatan intensif dan lebih daripada 2,500 orang telah berpindah ke 70 pusat pemindahan.



Taufan tropika kategori dua itu tidak dijangka melanda Fiji, walaupun perkhidmatan cuaca telah mengeluarkan amaran ribut dan banjir di beberapa bahagian negara.



“Pusat taufan itu dijangka mempunyai kuasa angin sehingga 110 kilometer sejam dengan angin ribut seketika hingga 150 kilometer sejam,” kata Perkhidmatan Meteorologi Fiji dalam satu kenyataan.



Taufan Sarai bergerak ke timur pada hampir 10 kilometer sejam dan dijangka bergerak ke perairan Tongan Selasa.



Perkhidmatan Meteorologi Tonga telah mengeluarkan amaran hujan dan amaran banjir kilat bagi seluruh negara. - REUTERS

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >