SPH Logo mobile
Langgan|

Tawan Gunung Kinabalu bak pergi pejabat...

Tawan Gunung Kinabalu bak pergi pejabat...

Mar 25, 2023 | 5:30 AM

Tawan Gunung Kinabalu bak pergi pejabat...

LUAR KEBIASAAN: Encik Nobutaka Sada bergambar di puncak Gunung Kinabalu berpakaian rasmi biru-kebiruan dan membawa sebuah beg galas. - Foto FACEBOOK/ NOBUTAKA SADA
LUAR KEBIASAAN: Encik Nobutaka Sada bergambar di puncak Gunung Kinabalu berpakaian rasmi biru-kebiruan dan membawa sebuah beg galas. - Foto FACEBOOK/ NOBUTAKA SADA -

KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Jepun menjadikan pendakiannya di Gunung Kinabalu di Sabah sebagai satu gimik pemasaran dengan mendaki hingga ke puncak memakai sut dan kasut kulit, baru-baru ini.

Aksi lelaki itu, Encik Nobutaka Sada, yang juga seorang tukang jahit, tular di media sosial sejak Khamis apabila video dan gambar beliau mendaki dengan berpakaian rasmi dimuat naik seorang pengangkat barang.

Encik Sada seorang pembuat sut di Jepun yang turut memasarkan jenama keluarannya, 'SADA', menerusi klip video di lokasi yang tidak diduga dan luar kebiasaan.

Menerusi video berdurasi 10 saat yang tular itu, beliau dilihat mendaki laluan ke puncak Gunung Kinabalu dengan berpakaian rasmi berwarna biru-kebiruan dan membawa sebuah beg galas, seolah-olah dalam perjalanan ke pejabat. - BHM.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg