Ted Cruz kalahkan Donald Trump di Iowa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ted Cruz kalahkan Donald Trump di Iowa

Feb 2, 2016 | 12:33 PM

Ted Cruz kalahkan Donald Trump di Iowa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penyokong Senator Ted Cruz menyambut kemenangan beliau dalam kokus pertama di Iowa parti Republikan pada Isnin, 1 Feb, dalam persaingan menjadi calon parti itu bagi pilihan raya presiden Amerika pada November ini. Gambar AFP
Penyokong Senator Ted Cruz menyambut kemenangan beliau dalam kokus pertama di Iowa parti Republikan pada Isnin, 1 Feb, dalam persaingan menjadi calon parti itu bagi pilihan raya presiden Amerika pada November ini. Gambar AFP -

DES MOINES (Iowa): Senator Ted Cruz mengalahkan jutawan Donald Trump dalam pertandingan menjadi wakil Republikan bagi calon presiden Amerika Syarikat di Iowa, mengenakan kejutan besar ke atas calon utama itu.

Encik Cruz, seorang ahli parlimen konservatif dari Texas, menang dengan 28 peratus undi berbanding 24 peratus bagi ahli perniagaan Trump, menurut MSNBC.

Encik Marco Rubio, seorang senator dari Florida, di tempat ketiga dengan 23 peratus dalam kokus Iowa ini, menjadikan beliau antara yang di depan dalam kalangan calon Republikan.

Bagi parti Demokratik pula, mantan Setiausaha Negara Hillary Clinton sedang mendahului dalam kokus Iowa dengan kelebihan kecil ke atas pesaing Bernie Sanders, seorang senator sosialis demokratik dari Vermont.

Cik Clinton di bawah tekanan untuk menang di Iowa sebelum ke kokus New Hampshire, di mana Encik Sanders, yang berasal dari negara jiran Vermont, berada kukuh di depan. - Reuters

(Laporan ini sedang berkembang)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg