Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Teleskop angkasa Webb dedah imej galaksi paling terperinci

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Teleskop angkasa Webb dedah imej galaksi paling terperinci

Jul 14, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mendedahkan gambar pertama yang diambil menggunakan Teleskop Angkasa James Webb yang memaparkan imej galaksi paling terperinci pernah dilihat.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Rumah Putih dipertontonkan dengan imej warna beresolusi tinggi Webb sebelum satu pameran mengenai gambar dan data spektografi yang akan diadakan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland.

Teleskop Angkasa James Webb bernilai AS$10 bilion ($14.06 bilion) bilion merupakan teleskop sains angkasa lepas terbesar dan paling berkuasa pernah dihasilkan bagi melihat melalui kosmos ke alam semesta sekali gus membawa kepada era revolusi penemuan astronomi.

Imej yang dipamerkan kepada Encik Biden oleh Ketua Nasa, Encik Bill Nelson, menunjukkan galaksi yang berusia 4.6 bilion tahun dikenali sebagai SMACS 0723 yang mana jisim gabungannya bertindak sebagai 'kanta graviti' untuk memutarkan ruang bagi memperbesarkan cahaya yang datang dari galaksi yang lebih jauh di belakangnya.

Menurut Encik Biden, ia adalah penemuan baru dalam sejarah alam semesta.

Encik Biden disertai Naib Presiden, Cik Kamala Harris, yang mempengerusikan Majlis Angkasa Amerika Syarikat di Bangunan Pejabat Eksekutif Lama Kompleks Rumah Putih kelmarin.

Jumaat lalu, Nasa menyiarkan senarai lima subjek angkasa yang dipilih untuk penampilan sulung Teleskop Angkasa James Webb yang termasuk SMACS 0723.

Ia adalah serpihan kosmos yang jauh seperti permata di mana, menurut Nasa, menawarkan "imej paling terperinci" mengenai alam semesta setakat ini.

Ini juga membentuk imej inframerah terdalam dan paling tajam bagi kosmos jauh yang pernah diambil.

Menurut Encik Nelson, ribuan galaksi itu dilihat dalam tompokan kecil di langit kira-kira sebesar sebutir pasir yang dipegang pada paras lengan seseorang yang berdiri di bumi.

Teleskop Angkasa James Webb dibina melalui kontrak oleh Northrop Grumman Corp dan ia dilancarkan ke angkasa lepas untuk Nasa dan rakan sejawatannya di Eropah dan Kanada pada Hari Krismas 2021 dari Guiana, Perancis.

Keluaran imej pertamanya sangat dinanti-nantikan selepas enam bulan menyelaraskan pelbagai komponen dari jauh.

Teleskop itu kini telah ditala dengan baik dan fokus sepenuhnya membolehkan saintis memulakan senarai misi yang dipilih secara kompetitif bagi meneroka evolusi galaksi, kitaran hidup bintang, atmosfera exoplanet jauh dan bulan-bulan sistem suria luar.

Ia dibina untuk melihat subjeknya terutamanya dalam spektrum inframerah dan teleskop itu adalah 100 kali lebih sensitif daripada Teleskop Angkasa Hubble yang berusia 30 tahun dan beroperasi pada optik dan gelombang ultraviolet.

Permukaan pengumpul cahaya yang lebih besar bagi cermin utama Teleskop Angkasa James Webb yang mempunyai susunan 18 segmen heksagon logam berilium bersalut emas membolehkannya memerhati objek pada jarak yang lebih jauh dan lebih jauh ke belakang.

Kesemua imej pertama yang diambil oleh teleskop itu telah diketahui saintis, antaranya dua awan besar gas dan habuk akibat letupan bintang bagi membentuk inkubator untuk bintang baru iaitu Carina Nebula dan Southern Ring Nebula yang mana setiap satu beribu tahun cahaya dari bumi.

Koleksi itu juga termasuk galaksi yang dikenali sebagai Stephan's Quintet, yang pertama kali ditemui pada 1877 dan merangkumi beberapa galaksi lain.

Agensi angkasa itu juga akan membentangkan analisis spektrografi pertama Teleskop Angkasa James Webb. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3