KUALA LUMPUR: Harga telur di Malaysia mungkin meningkat menyusuli langkah kebun itik ayam di sana mengurangkan penghasilannya, gara-gara kos yang meningkat, subsidi yang terhad serta harga yang perlu dipatuhi.
Penutupan sekitar 40 peratus kebun ayam itik - yang telah berkurangan daripada 300 kepada 170 kebun - menyukarkan lagi keadaan.
Pemilik kebun yang masih lagi beroperasi berkata mereka perlukan subsidi lebih baik untuk memastikan harga kekal rendah, terutamanya dengan harga makanan ayam yang naik seganda.
Ramai berkata mereka juga sedang berada di ambang 'gulung tikar'.
Para pekebun berkata mereka kerugian lima sen bagi setiap biji telur meskipun subsidi kerajaan adalah sebanyak lima sen bagi setiap biji telur.
Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pekebun Ternakan Malaysia, Encik Lee Yoon Yeau, berkata perang di Ukraine telah menyebabkan kenaikan harga jagung dan kekacang soya - tambahan lagi 50 peratus antara April dengan Jun.
"Jagung dan kekacang soya membentuk lebih 80 peratus makanan ayam.
"Sejak pandemik melanda dua tahun lalu, pekebun telah menghadapi kesukaran kerana kos makanan ayam yang meningkat.
"Jagung pernah berharga RM800 ($252) bagi setiap ton sebelum pandemik.
"Semasa Covid-19 melanda, ia naik sehingga RM1,300 bagi satu ton.
"Kini harganya lebih RM1,800 bagi setiap ton," katanya semalam. (15 Julai) - The Star