Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tema utama ucapan sulung Trump kepada Kongres

Mar 01, 2017 | 12:53 PM



WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyampaikan ucapan sulungnya kepada Kongres Amerika Syarikat pada Selasa (Rabu 1 Mac waktu Singapura), sedang beliau cuba bangkit semula daripada permulaan huru-hara penggal jawatannya.



Berikut antara beberapa tema utama ucapannya:



IMIGRESEN



- Encik Trump berjanji akan mengambil langkah baru untuk "menghalang masuk orang yang akan membahayakan kita" dan berkata pentadbirannya sedang memperbaiki prosedur tapisan.



Beliau berkata majoriti orang yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan pengganasan sejak serangan 11 Sep 2001 datang dari luar Amerika dan berikrar negaranya tidak akan "menjadi tempat perlindungan bagi pelampau"



- Beliau berkata Amerika perlu beralih daripada imigresen berdasarkan kemahiran rendah dan melaksana sistem berasaskan merit



- Pembinaan tembok di sempadan Amerika-Mexico akan bermula tidak lama lagi, katanya.



BERBELANJA PERTAHANAN DAN DASAR LUAR



- Encik Trump berjanji akan memberi Kongres belanjawan untuk membina semula tentera, dengan menyatakan ia antara pertambahan terbesar dalam perbelanjaan pertahanan.



- Beliau berikrar akan bekerjasama dengan sekutu Amerika, termasuk di Dunia Islam, untuk memusnahkan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), dengan menyifatkan kumpulan militan radikal itu sebagai "rangkaian kejam yang tidak menghormati undang-undang"



- Encik Trump mengikrarkan sokongan bagi pakatan ketenteraan Nato tetapi berkata rakan kongsi Amerika mesti memenuhi kewajipan kewangan mereka. Beliau juga mengesahkan "perikatan tidak boleh pecah kami" dengan Israel.



PEMBAHARUAN JAGAAN KESIHATAN



- Encik Trump menggesa Kongres memansuhkan dan menggantikan 'Obamacare', iaitu pembaharuan sistem jagaan kesihatan yang diperkenal mantan presiden Barrack Obama yang bertujuan meluaskan perlindungan insurans kesihatan kepada penduduk Amerika yang tidak mempunyainya ia.



Beliau berkata pembaharuan harus mengurangkan kos jagaan kesihatan dan memastikan mereka yang sedia ada mempunyai penyakit mendapat akses kepada perlindungan insurans itu.



- Beliau mencadangkan kredit cukai dan akaun simpanan kesihatan lebih luas untuk orang ramai membeli insurans kesihatan. Pembaharuan undang-undang juga harus melindungi pesakit dan doktor daripada kos tidak perlu yang membuat harga insurans naik.



CUKAI



- Encik Trump berikrar akan melakukan pembaharuan "bersejarah" bagi mengurangkan kadar cukai korporat bagi membuat syarikat Amerika lebih berdaya saing di peringkat global dan menjanjikan pelepasan cukai "besar" bagi kelas pertengahan.



INFRASTRUKTUR



- Beliau berkata Kongres akan diminta meluluskan undang-undang bagi pelaburan sebanyak AS$1 trilion ($1.4 trilion) dalam infrastruktur, dibiayai melalui saluran awam dan swasta.



"Beli Barang Amerika" dan "Gajikan Rakyat Amerika" akan menjadi prinsip yang dipegang, katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >