Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tembak menembak di ibu pejabat polis Indonesia

Mar 31, 2021 | 9:51 PM
BERJAGA-JAGA: Unit antipengganasan Indonesia memantau keadaan menyusuli satu serangan yang didakwa berbaur pengganasan di ibu pejabat polis kebangsaan Indonesia di Jakarta, Indonesia. - Foto EPA-EFE/BAGUS INDAHONO
BERJAGA-JAGA: Unit antipengganasan Indonesia memantau keadaan menyusuli satu serangan yang didakwa berbaur pengganasan di ibu pejabat polis kebangsaan Indonesia di Jakarta, Indonesia. - Foto EPA-EFE/BAGUS INDAHONO -

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menembak seorang individu yang memasuki ibu pejabat polis kebangsaan di Jakarta pada Rabu (31 Mac), lapor media Indonesia, sambil mendakwanya sebagai "serangan pengganas".

Penyiar televisyen utama menyiarkan klip video yang menunjukkan seseorang yang memakai selubung dan baju panjang hitam memasuki kompleks sedang bunyi tembakan kedengaran.

Dari rakaman klip video, individu itu kelihatan rebah ke bumi dan tidak bergerak lagi apabila polis menghampirinya.

Agensi berita AFP melaporkan ruang pertahanan polis sering menjadi sasaran ekstremis Indonesia pada masa lalu.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengulas mengenai kejadian ini kepada media.

Kejadian di ibu pejabat polis di kota Jakarta ini berlaku beberapa hari selepas sepasang suami isteri yang baru berumah tangga menyerang gereja di Makassar, Sulawesi, dan mencederakan sekitar 20 orang.

Penyerang nekad itu merupakan anggota kumpulan ekstremis Jamaah Ansharul Daulah (JAD), kata polis, yang memberi amaran tentang lebih banyak serangan yang mungkin mendatang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg