Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tembakan di AS: 10 orang termasuk satu pegawai polis maut

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



DENVER (Amerika Syarikat): Seku-rang-kurangnya 10 orang termasuk seorang pegawai polis maut dalam satu kejadian tembakan kelmarin di sebuah pasar raya di Boulder, Colorado.



Seorang suspek yang cedera dalam kejadian itu ditangkap, kata pihak berkuasa dalam satu sidang akhbar beberapa jam selepas kejadian itu.



Polis mengatakan mereka sedang menyiasat motif keganasan itu, yang berlaku pada kira-kira 3 petang (waktu tempatan) di pasar raya King Soopers di kawasan Table Mesa di Boulder, sebuah bandar di kaki pergunungan Rockies kira-kira 45 kilometer ke barat laut bandar Denver.



Ketua Polis Boulder, Maris Herold, berkata pegawai polis yang maut itu dikenali sebagai Eric Talley, 51 tahun, yang pertama tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian itu.



"Kami terima laporan 10 orang terkorban dalam kejadian ini termasuk pegawai polis dari sini. Talley adalah pegawai kami yang pertama tiba di lokasi dan beliau terkena tembakan," katanya.



Encik Herold memberitahu bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tembakan rambang itu pada 2.30 petang (waktu tempatan).



Komandan Kerry Yamaguchi dari Jabatan Polis Boulder pula berkata orang yang ditahan dipercayai adalah satu-satunya individu yang mengalami kecederaan serius daripada kejadian berdarah itu.



Beliau tidak memberi maklumat lanjut mengenai suspek itu.



Sementara itu, beberapa saksi kejadian berkata mereka mendengar beberapa das tembakan sebelum menyelamatkan diri dan cuba keluar dari pasar raya itu menerusi pintu belakang.



"Saya hampir terkena tembakan ketika mahu mengambil air dan makanan ringan," kata Encik Ryan Borowski, yang berada dalam pasar raya itu apabila mendengar sekurang-kurangnya lapan das tembakan, kepada CNN.



Seorang lagi saksi, Cik Sarah Moonshadow, 42 tahun, berkata:



"Kami di tempat bayaran, dan tembakan mula kedengaran," ceritanya yang sedang bersama anaknya Nicholas.



"Dan saya berkata, 'Nicholas tunduk.' Dan Nicholas tunduk. Kami mula mendengar tembakan berulang di sana sini... dan saya berkata, 'Nicholas, lari," katanya kepada Reuters.



Beliau menceritakan melihat seorang sedang terbaring di jalan ketika beliau dan anaknya melarikan diri dari kedai.



"Saya cuba berlari ke arahnya, tapi Nicholas menarik saya pergi dan berkata, 'Kita harus pergi.' Dan kami berlari dan bersembunyi di belakang bangunan."



Wanita itu menangis sambil berkata: "Saya tidak dapat menolong sesiapa pun."



Gabenor Colorado, Encik Jared Polis, menulis di Twitter bahawa beliau memantau peristiwa di Boulder itu, sambil menambah:



"Doa saya bersama-sama dengan penduduk Colorado semasa waktu kesedihan ini sedang kita cuba mengetahui lebih lanjut tentang tragedi ini."



Biro Siasatan Federal (FBI) dan ejen Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika sedang membantu polis dan pihak sherif dalam siasatan, kata pihak berkuasa. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >