Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tempahan hotel di Johor mula rancak susuli sempadan dibuka

Tapi operasi hotel dihambat masalah kurang pekerja
Oct 13, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Tempahan bilik-bilik hotel di kawasan Johor menunjukkan peningkatan menyusul pembukaan sempadan negeri sehinggakan tidak mampu memenuhi permintaan yang tinggi.



Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Johor, Encik Ivan Teo, berkata masalah utama adalah kekurangan kakitangan kerana ramai yang diberhentikan semasa perintah kawalan pergerakan.



"Johor mempunyai bilik hotel yang cukup untuk tetamu tetapi kekurangan pekerja," kata Encik Teo.



Katanya, pengusaha hotel mula merekrut pekerja baru ketika Johor memasuki Fasa Dua di bawah Rancangan Pemulihan Nasional (NRP) bulan lalu. Perniagaan perlahan.



"Ada banyak pekerja hotel yang diberhentikan di luar sana. Kami bernasib baik kerana kami tidak perlu mendapatkan pekerja baru dan melatih mereka dari awal," tambah Encik Teo.



Bagaimanapun, mereka masih harus menjalani kursus penyegaran kerana telah tidak bekerja selama berbulan-bulan.



Encik Teo berkata Johor Premium Outlets (JPO), yang dibuka setelah ditutup empat bulan, pula akan menarik para pelancong dari luar Johor dengan menjual barang berjenama dengan harga diskaun.



"Kami menantikan pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura kerana ini adalah kunci ekonomi Johor," katanya.



Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Desaru Resort, Encik R. Indra Ghandi, berkata resort tersebut menerima tempahan 100 peratus tetapi hanya dapat beroperasi pada 60 peratus kerana kekurangan pekerja.



"Kami mempunyai kira-kira 300 pekerja tetapi jumlahnya tidak mencukupi. Untuk sarapan bufet sahaja, kami harus melayani sekitar 1,400 orang tetamu," katanya.



Encik Indra berkata resortnya memerlukan kira-kira 100 pekerja lagi dan masih kekurangan pekerja:



"Kami mengiklankan jawatan kosong seminggu yang lalu dan hanya berjaya mengambil tiga orang," katanya.



Pengurus Besar Pulai Springs Resort, Encik Sunny Soo, berkata beliau menerima antara 25 hingga 35 tempahan bilik setiap hari semasa Fasa Dua NRP dan menerima 66 tempahan pada Ahad lalu.



Encik Soo menjangkakan jumlah tempahan akan meningkat dalam beberapa hari mendatang untuk Deepavali pada bulan November dan juga Krismas.



Dia menambah tidak seperti hari pra-Covid-19, resort itu sekarang membenarkan para tamunya memesan makanan di luar menggunakan perkhidmatan penghantaran kerana hanya sebilangan kecil tetamu yang dibenarkan makan.



Presiden Majlis Pemandu-Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC), Encik Jimmy Leong Wie Kong, berkata pengumuman rentas negeri amat dinantikan kerana sektor pelancongan membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi.



Sementara itu, syarikat penerbangan Malaysia Airlines menyaksikan lonjakan 500 peratus dalam penempahan penerbangan domestik selepas kerajaan Malaysia membenarkan warga yang sudah lengkap divaksin merentas negeri.



Larangan merentas negeri ditarik balik selepas Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90 peratus bagi penduduk dewasa. - Agensi berita.




"Johor mempunyai bilik hotel yang cukup untuk tetamu tetapi kekurangan pekerja.

Ada banyak pekerja hotel yang diberhentikan di luar sana. Kami bernasib baik kerana kami tidak perlu mendapatkan pekerja baru dan melatih mereka dari awal."

- Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Johor, Encik Ivan Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >