Gabungan parti di Malaysia diberikan lebih banyak masa untuk berunding dan mengemukakan calon bagi menubuh kerajaan persekutuan, selepas tarikh penyerahan nama calon itu dilanjutkan oleh Istana Negara kepada 2 petang, Selasa ( 22 November).
Sebelum ini, parti-parti perlu membuat penyerahan nama calon kepada Yang DiPertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah pada 2 petang, Isnin (21 November).
Dalam kenyataannya, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata langkah penangguhan ini diambil atas permintaan ketua gabungan parti politik dan parti-parti politik yang diterima Istana Negara pada 21 November.
Kenyataan media itu dikongsi sekitar 1.30 tengah hari pada 21 November.
Awal dari itu, ketua Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan pihaknya memohon kepada Istana Negara untuk menangguh tarikh penyerahan dokuman pengakuan bersumpah kerana memerlukan lebih masa untuk berunding.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg