Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tempoh peralihan 2 tahun sebelum NZ henti eksport ternakan lalui laut

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: New Zealand akan menghentikan eksport ternakan menerusi laut menyusuli tempoh peralihan sehingga dua tahun, umum Menteri Pertanian Damien O'Connor, semalam.



"Keputusan ini adalah disebabkan dukungan kami ke atas reputasi New Zealand dalam mengekalkan piawaian yang tinggi bagi kebajikan binatang. Kami mesti terus kekal di depan kerana soal kebajikan binatang semakin mendapat perhatian rapi," kata Encik O'Connor.



Keputusan ini akan menjejas sebahagian petani, pengeksport serta pengimport dan satu tempoh peralihan akan membolehkan sektor itu membuat penyesuaian, katanya.



Eksport ternakan menerusi laut membentuk kira-kira 0.2 peratus daripada pendapatan sektor itu sejak 2015. Encik O'Connor berkata, para pegawainya telah pun memaklumkan rakan dagangan rapat tentang keputusan tersebut.



Akhbar New Zealand Herald dalam laporannya semalam menyatakan, kerajaan New Zealand mengesahkan rancangan untuk melarang eksport ternakan mulai 2023 - satu langkah yang telah pun menarik kritikan dari sesetengah pihak dalam perusahaan itu.



Namun, kumpulan hak asasi haiwan mengalu-alukan langkah itu, menyatakan larangan tersebut bermakna ternakan tidak lagi perlu menderita di negara-negara yang rendah piawaiannya bagi kebajikan binatang.



Pengarah Eksekutif Perlindungan Binatang NZ, Cik Simone Clark, mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mengakhiri fasa eksport "yang sangat buruk" menerusi jalan laut.



"Selama lebih sedekad, Perlindungan Binatang Sedunia (WAP) telah melobi kerajaan agar menghentikan pengeksportan yang tidak bermoral ini," katanya.



"Pengumuman kerajaan New Zealand untuk mengakhiri fasa eksport ternakan di tahun-tahun mendatang adalah satu detik penting dalam sejarah kita untuk binatang, di mana pemerintah negara-negara lain harus mencontohinya, termasuk Australia."



Tahun lalu, hampir 110,000 lembu dieksport dari New Zealand ke China - satu kenaikan hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >