Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

E-mel dari KL

Tengkarah DAP-Umno boleh jejas undi dalam Pilihan Raya Negeri

May 31, 2023 | 02:53 PM



GENDERANG politik semakin kuat kedengaran.

Dewan Undangan Negeri (DUN) enam negeri di Malaysia bakal dibubar hujung Jun untuk pilihan raya negeri (PRN).

Walaupun PRN hanya di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negri Sembilan, ia mempunyai kesan besar pada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan adalah sama ada gelombang hijau yang mencerminkan sokongan pengundi Melayu terhadap parti pembangkang, Perikatan Nasional (PN), akan semakin bergelora sehingga menjejas keyakinan rakyat terhadap kerajaan persekutuan.

Usaha memikat undi Melayu melalui Umno kelihatan semakin sukar berikutan keretakan kepimpinan parti yang bertambah tenat.

Baru-baru ini, gesaan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan, supaya ahli Umno menyokong calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam PRN menjadi tengkarah berbisa di kalangan pemimpin akar umbi.

Menurut beliau, langkah itu wajar demi menyokong rakan parti yang kini bersama membentuk kerajaan perpaduan.

Sukar dibayangkan penyokong Umno mengundi calon DAP setelah lebih enam dekad menjadi musuh politik dengan agenda dan haluan yang bertentangan.

Di kalangan barisan pemimpin tertinggi Umno sendiri terdapat kecelaruan.

Ada yang bimbang sokongan pada parti akan terhakis jika pemimpinnya terus mendesak ahli mereka mengundi calon DAP.

“Kita tak boleh hilang undi asas kita. Kita nak kejar undi orang, undi sendiri hilang, kita habis nanti,” kata Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Encik Isham Jalil.

Pertembungan idelologi dan prinsip penyokong akar umbi Umno-DAP memang sudah dijangkakan.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, pernah menyifatkan hubungan mereka sebagai “kahwin paksa”.

“Itulah saya kata, kahwin paksa tak boleh. Kahwin mesti suka sama suka. Suka sama suka bukan setakat di peringkat kepimpinan tetapi di akar umbi juga mesti menerima perkahwinan ini.

“Kalau tidak, inilah akan berlaku. Mungkin akan lebih teruk lagi. Kita tunggu dan lihat,” kata beliau.

Keretakan hubungan antara pemimpin kedua-dua parti itu mula tercetus secara terbuka sejak April lalu.

Pemimpin veteran DAP, Encik Lim Kit Siang, membantah permohonan pengampunan diraja untuk mantan perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Ini diikuti kenyataan Ahli MKT Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang mendakwa DAP menjadi beban kepada Kerajaan Perpaduan untuk memenangi semula sokongan orang Melayu pada Umno yang jelas terhakis pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.

Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah kubu kuat Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang bernaung di bawah PN bersama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Ketiga-tiga negeri ini tidak mungkin tumbang kerana sokongan kuat majoriti pengundi Melayu yang setia bersama PAS sejak beberapa dekad lalu.

Malah Kedah yang pernah dikuasai Umno lebih 50 tahun kini hanya mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno.

Pulau Pinang dan Negri Sembilan - benteng utama Pakatan Harapan (PH) dan Umno - juga kelihatan kukuh dan sukar ditawan pihak pembangkang walaupun dengan ancaman gelombang hijau pengundi Melayu.

Yang menjadi persoalan besar ialah Selangor – negeri terkaya di semenanjung dan nadi perusahaan Malaysia.

Walaupun PH mempunyai majoriti 41 kerusi dan dibantu lima lagi dari Umno, sebilangan penganalisis politik menjangka persaingan sengit di negeri yang mempunyai banyak kepentingan politik dan ekonomi negara.

Baru-baru ini, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyuarakan keyakinan sebanyak 23 kerusi DUN Selangor sudah berada dalam tangan parti itu.

Menurutnya, penelitian tersebut dibuat berdasarkan keputusan diwarta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa PRU15.

“Jika diteliti skor diwarta SPR, sebanyak 14 kerusi telah dimenangi PN dan sembilan kerusi lagi kita kalah kurang daripada 5,000 undi. Ada juga yang PN kalah dengan 100 undi sahaja.

“Maknanya, kita hanya perlu 1,000 hingga 2,000 undi sokongan. Dengan situasi semasa, saya yakin kerusi-kerusi ini mampu ditawan PN.

“Ini menjadikan jumlah dalam tangan ada 23 kerusi dan untuk mencapai 30 atau lebih, ia satu perkara yang boleh diusahakan,” katanya.

Keputusan PRN di enam negeri itu tidak akan merubah kuasa dan bentuk kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Anwar.

Namun jika Selangor tumbang kepada PN, ia akan menjadi tamparan dan isyarat jelas bahawa keyakinan rakyat pada kerajaan persekutuan semakin terhakis.

Penulis mantan wartawan BH dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >