Premium
Tengku Abdullah dilantik jadi Sultan Pahang Selasa
Jan 13, 2019 | 5:30 AM
TENGKU ABDULLAH: Pelantikan beliau sebagai Sultan Pahang akan membuka laluan baginya menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia seterusnya di bawah satu sistem putaran lima tahun unik melibatkan sembilan kerabat diraja Melayu di Malaysia. - Foto NSTP -
KUALA LUMPUR: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dilantik sebagai Sultan Pahang Selasa ini bagi membuka laluan baginya menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, umum istana negeri semalam.
Pemangku Sultan Pahang berusia 59 tahun itu akan ditabal sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di Pekan, kata adiknya dan anggota majlis diraja, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

