Topik diikuti
Pergi ke BHkuTengku Adnan didakwa terima rasuah berkaitan pembelian tanah
DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR:Hadapi tuduhan terima rasuah erjumlah RM3 juta berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada 2013 dan 2016. - Foto CHINA PRESS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 16, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Bekas menteri wilayah persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta ($985,000), berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada 2013 dan 2016.
Tengku Adnan, 68 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.
