Topic followed successfully
Go to BHkuTengku Mahkota Kelantan bakal kahwin dengan warga Sweden pada 19 April
Tengku Mahkota Kelantan bakal kahwin dengan warga Sweden pada 19 April
Apr 6, 2019 | 5:26 PM
Tengku Mahkota Kelantan bakal kahwin dengan warga Sweden pada 19 April
Upacara perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra dan warga Sweden Sofie Louise Johansson akan diadakan pada "skala sederhana". FOTO: BERNAMA -
KOTA BAHRU, Malaysia - Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra akan berkahwin dengan warga Sweden Sofie Louise Johansson pada 19 April nanti.
Media di Malaysia melaporkan bahawa majlis tertutup itu akan diadakan pada "skala sederhana."
Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal, berkata majlis perkahwinan tersebut dijangka dihadiri sekitar 300 tetamu.
Menurut laporan, pasangan itu sudah saling mengenali sejak Tengku Muhammad Faiz, 45 tahun, melanjutkan pengajian di luar negara.

