Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tengku Zafrul dilantik jadi anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno

Feb 18, 2023 | 5:30 AM
5f99e9dd-41f2-402f-b5fe-fa2395b65e7e
-

KUALA LUMPUR: Ketua Umno bahagian Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, (gambar) telah dilantik sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno pada malam Khamis.

Tengku Zafrul, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengangkat sumpah di hadapan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan beberapa anggota majlis tertinggi dalam satu mesyuarat di Menara Datuk Onn di sini, pada Khamis malam.

Berita itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam ciapannya di Twitter.

"Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini dimulakan dengan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah selaku anggota terbaharu Majlis Kerja Tertinggi Umno. Beliau dilantik oleh presiden parti," katanya.

Tengku Zafrul juga bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mantan menteri kewangan itu pernah membayangkan bahawa beliau akan bertanding bagi salah satu jawatan dalam pengundian parti itu yang akan datang.

Tengku Zafrul berkata, dengan ikut bertanding, beliau dapat mengesahkan tentang sokongan politiknya dan menyediakan asas yang kukuh buat dirinya dalam arena politik.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor tetapi tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - New Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg