Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Tentera AS di Afghanistan bakal dipanggil pulang

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden dijangka memanggil pulang semua pasukan tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di Afghanistan, sebelum ulang tahun ke-20 tragedi serangan 11 September, pada tahun ini.



Langkah itu bakal mengakhiri peperangan paling lama membabitkan AS, meskipun kebimbangan semakin memuncak terhadap kemenangan yang akan diraih Taliban.



Berdasarkan perjanjian dimeterai sebelum ini antara mantan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dengan Taliban, langkah itu sepatutnya dilaksanakan menjelang Mei depan atas syarat Taliban tidak menyokong Al-Qaeda dan ektremis asing lain.



Sebelum ini, Turki mengumumkan penganjuran persidangan keamanan antarabangsa berhubung Afghanistan, dengan harapan mewujudkan perkongsian kuasa yang berupaya memberi kestabilan kepada negara dilanda peperangan hampir 40 tahun itu.



Encik Biden dijangka membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan, hari ini.



Pegawai Encik Biden memaklumkan, langkah memanggil pulang tentera itu akan bermula Mei depan dan sedikit kelewatan mungkin berlaku atas faktor logistik, namun mereka dijangka keluar dari Afghanistan sebelum 11 September.



Pegawai itu turut memberi amaran kepada Taliban supaya tidak menyerang pasukan tentera gabungan ketika mereka meninggalkan Afghanistan.



"Kami akan membalas semula habis-habisan jika berlaku sebarang serangan," katanya.



Serangan Amerika ke Afghanistan bermula menyusuli serangan 11 September 2001 ( 9/11) di mana empat siri serangan berani mati yang dipercayai diaturkan oleh kumpulan al-Qaeda ke atas Amerika, dengan menggunakan empat kapal terbang penumpang komersil yang dirampas.



Serangan dibuat dengan dua pesawat merempuh bangunan Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York; sebuah pesawat merempuh bangunan tentera Pentagon di Arlington, Virginia; manakala pesawat keempat telah terhempas berdekatan pekan Shanksville, Pennsylvania.



Seramai 2,977 mangsa termasuk kesemua 19 perampas pesawat terkorban dalam serangan itu.



Amerika bagaimanapun menandatangani perjanjian bersejarah dengan pihak Taliban pada 29 Februari 2020 yang menyaksikan pengunduran sepenuhnya tentera asing dari Afghanistan dalam tempoh 14 bulan mendatang.



Perjanjian itu membawa kepada dialog di antara pemimpin Taliban dan pemerintah Kabul dan diharapkan berjaya menghentikan konflik yang berlarutan selama 18 tahun.



Pejuang Taliban, Mullah Barada menandatangani perjanjian itu bersama Ketua Perunding Washington yang juga Duta Khas Amerika ke Afghanistan, Encik Zalmay Khalilzad dalam satu bilik persidangan di hotel mewah di Doha, Qatar.



Selepas menandatangani perjanjian, kedua-dua mereka dilihat berjabat salam dan orang di dalam bilik telah melaungkan 'Allahu Akbar'. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >