Premium
Tentera Filipina selamatkan dua mangsa culik Abu Sayyaf
Mar 24, 2017 | 5:30 AM
BERJAYA DISELAMATKAN: Gambar yang dikeluarkan tentera Filipina menunjukkan dua warga Malaysia yang diculik Abu Sayyaf sebelum ini, menaiki bot selepas berjaya diselamatkan dari pulau Sulu. - Foto AFP -
MANILA: Dua daripada lima mangsa culik warga Malaysia yang menjadi tebusan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, dilaporkan diselamatkan tentera Filipina awal semalam.
Berdasarkan laporan media Filipina, Jurucakap Pasukan Keselamatan Filipina (AFP), Kolonel Edgard Arevalo, berkata tebusan yang dilaporkan selamat itu dikenal pasti sebagai Encik Tayudin Anjut, 45 tahun, dan Encik Abdul Rahim Summas, 62 tahun.

