Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Israel serbu kem pelarian di Tebing Barat

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



TEBING BARAT: Tentera Israel telah menyerbu kem pelarian di bandar Jenin di sini dan membunuh sekurang-kurangnya enam pejuang Palestin dalam operasi terbaru mereka.



Antara mangsa termasuk seorang lelaki bersenjata yang juga pejuang Hamas disyaki menembak mati dua beradik dari penempatan Yahudi berhampiran kampung Huwara, pada Selasa.



Saksi berkata, pertempuran tercetus selepas penduduk kem itu melihat tentera Israel keluar dari trak perabot berhampiran sebuah rumah di atas bukit yang menghadap ke tengah kem yang luas dan pejuang segera melepaskan tembakan.



Dalam pertempuran bersenjata berikutnya, tentera Israel mengepung sebuah rumah di mana lelaki yang disyaki bersenjata bersama pejuang lain berlindung dan menembak peluru berpandu ke arah bangunan itu, menurut kenyataan tentera.



Kementerian Kesihatan Palestin berkata, enam rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 16 cedera manakala seorang anggota polis Israel cedera dan tiga cedera ringan.



Tentera mengenal pasti seorang lelaki bersenjata anggota Hamas itu sebagai Abdel-Fattah Kharusha, yang dikatakan menembak mati dua warga Israel dalam kereta di pusat pemeriksaan berhampiran perkampungan Palestin, Huwara, di Tebing Barat yang diduduki pada 26 Februari lalu.



Dua anak lelakinya turut ditangkap dalam serbuan pada masa yang sama di bandar Nablus.



Menurut kenyataan Hamas dan Daesh, kesemua yang terbunuh adalah lelaki bersenjata dari kumpulan Hamas, Daesh dan Fatah.



"Kami menggesa pejuang rakyat untuk meningkatkan penentangan bersenjata terhadap pendudukan dan memerangi mereka di mana-mana di tanah rumah kami yang diduduki," kata sayap bersenjata Hamas dalam satu kenyataan.



Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, berkata risiko ini bukan sahaja kepada Palestin dan Israel malah kepada rantau ini di mana situasi yang semakin meningkat di luar kawalan.



Bagaimanapun, belum ada tanda-tanda keganasan dihentikan menjelang Ramadan dan perayaan Paskah Yahudi.



Pada Isnin lalu, peneroka Israel menyerang penduduk Palestin di perkampungan Huwara di Tebing Barat bagi menuntut balas terhadap insiden tembakan dua warga Israel pada 26 Februari lalu.



Dua warga Israel yang tinggal di penempatan di Tebing Barat terbunuh dalam serangan tersebut.



Dalam insiden itu, seorang lelaki Palestin turut terbunuh manakala kumpulan peneroka bertindak membakar kediaman mereka bagi membalas dendam.



Ia berlaku di tengah-tengah rundingan dibuat oleh Jordan untuk membincangkan keganasan yang semakin memburuk di wilayah yang diduduki kaum Yahudi itu.



Beberapa hari selepas itu tentera Israel melancarkan serangan paling dahsyat di Tebing Barat dalam tempoh hampir 20 tahun, yang menyebabkan 11 rakyat Palestin terbunuh di bandar utara Nablus.



Huwara adalah perkampungan Palestin berhampiran persimpangan jalan utama di mana peneroka dan penduduk Palestin sering bertelagah dan menjadi titik pertempuran baru selepas keganasan menjadi semakin teruk selama berbulan-bulan.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, pada Isnin mengulangi gesaannya supaya kedua-dua pihak meredakan ketegangan di Tebing Barat dengan keganasan dijangka meningkat menjelang kunjungan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, minggu ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >