Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera laut Indonesia: Lokasi pesawat hilang sudah dikenal pasti

Jan 09, 2021 | 11:22 PM



JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) telah mengenal pasti koordinat pesawat Sriwijaya Air yang hilang selepas berlepas dari Jakarta pada petang Sabtu (9 Januari).



"Koordinatnya sudah ditemui dan diberi kepada semua kapal tentera laut di kawasan ini," kata pegawai TNI AL, Abdul Rasyid, sambil menambah kapal-kapal ini sudah dikerahkan ke lokasi berkenaan.



Kali terakhir pesawat SJ-182 berhubung dengan menara penerbangan ialah sekitar 2.40 petang waktu Jakarta sedang pesawat Boeing 737-500 itu menuju ke Pontianak di Kalimantan Barat.



Pesawat Sriwijaya Air itu membawa 62 orang - 50 penumpang termasuk beberapa kanak-kanak dan bayi serta 12 anggota kru pesawat.



"Kami terdengar bunyi ledakan yang kuat sekitar 2 petang. Kami awalnya menyangka ia adalah bunyi guruh kerana hujan lebat turun," kata seorang penduduk di Pulau Lancang , Encik Nakki, yang dihubungi radio Jakarta, Elshinta.



Seorang lagi penduduk, Encik Mustakin, dari kawasan Pulau Seribu berkata, beliau terdengar dua ledakan.



Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) menyatakan dalam satu sidang media pada Sabtu malam bahawa fokus pencarian pihaknya adalah antara Pulau Laki dan Pulau Lancang.



Ia juga menambah ia tidak menerima isyarat pertolongan dari Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) pesawat itu. 



"Operasi mencari akan diteruskan selama 24 jam sehari, dengan tumpuan diberi kepada kawasan di mana serpihan yang mungkin daripada pesawat itu ditemui. Kami berusaha mencari koordinat yang tepat," kata Timbalan Ketua Basarnas, Mejar-Jeneral Bambang Suyo Aji kepada wartawan. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >