KUALA LUMPUR: Pasukan Bersenjata Malaysia (MAF) mengesahkan semalam bahawa rangkaiannya telah menjadi sasaran satu serangan siber pada Isnin oleh penggodam yang berusaha untuk mencuri maklumat daripada kerajaan.
"Kami mengesahkan adanya serangan siber ke atas data rangkaian milik MAF," kata ketuanya, Tan Sri Affendi Buang.
Beliau berkata insiden itu telah dikesan oleh divisyen Siber dan Pertahanan Elektromagnet dan Pusat Operasi Pertahanan Siber MAF, kededua yang berjaya mengasingkan trafik data bagi melindungi lokasi data penting dan melindungi rangkaian yang disasarkan oleh para penggodam itu.
"Serangan siber itu gagal meninggalkan kesan ke atas operasi sebenar portal itu dan hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang ditempatkan di luar rangkaian sejak dari awal," ujar Tan Sri Affendi.
Menurutnya, MAF sedar tentang percubaan serangan siber yang berterusan mengenai Kementerian Pertahanan dan rangkaian data MAF.
"MAF sentiasa memantau dan meningkatkan keselamatan siber menerusi peranan divisyen dan CDOC.
"Kededua entiti bukan hanya perkukuhkan perhubungan pertahanan dan pemantauan MAF, tetapi juga melindungi komunikasi pertahanan strategi negara ini," tambahnya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg