Tentera Myanmar kenakan tuduhan baru rasuah ke atas Suu Kyi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera Myanmar kenakan tuduhan baru rasuah ke atas Suu Kyi

Mar 19, 2021 | 5:30 AM

Tentera Myanmar kenakan tuduhan baru rasuah ke atas Suu Kyi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DAPAT SOKONGAN: Penunjuk perasaan menunjukkan sepanduk yang tertera wajah Cik Aung San Suu Kyi - pemimpin yang digulingkan dan kini ditahan junta Myanmar. - Foto AFP
DAPAT SOKONGAN: Penunjuk perasaan menunjukkan sepanduk yang tertera wajah Cik Aung San Suu Kyi - pemimpin yang digulingkan dan kini ditahan junta Myanmar. - Foto AFP -

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi, akan didakwa dengan tuduhan rasuah baru oleh junta tentera yang merampas kuasa, dengan peguam beliau mendakwa tuduhan itu sebagai "tidak berasas dan tidak logik".

Rejim tentera itu sebelum ini sudah mendakwa Cik Suu Kyi dengan beberapa tuduhan jenayah sejak beliau ditahan bersama pemimpin politik bulan lalu, termasuk tuduhan memiliki walkie-talkie tanpa kebenaran dan melanggar sekatan Covid-19.

Pada Rabu malam, stesen televisyen tentera Myawady menyiarkan video seorang peniaga Myanmar mengaku memberi sejumlah AS$550,000 ($737,000) selama tempoh beberapa tahun.

Peniaga itu, Encik Maung Weik, mendakwa beliau menyumbang wang kepada tokoh kanan pemerintah demi faedah perniagaannya.

"Aung San Suu Kyi melakukan rasuah dan (pihak berkuasa) akan mengemukakan pendakwaan mengikut undang-undang antirasuah," demikian lapor stesen itu.

Ini bukan kali pertama tuduhan rasuah dibuat terhadap pemimpin itu.

Minggu lalu, seorang jurucakap junta berkata seorang ketua menteri yang kini ditahan mengaku memberikan Cik Suu Kyi AS$600,000 dan lebih 10 kilogram jongkong emas.

Namun peguamnya, Encik Khin Maung Zaw, memberitahu agensi berita AFP:

"Tuduhan itu tidak berasas dan tidak logik."

"Aung San Suu Kyi mungkin mempunyai kekurangan, tetapi menerima rasuah bukanlah sifatnya," katanya sambil menambah bahawa kebanyakan rakyat Myanmar tidak akan mempercayai tuduhan itu.

Myanmar menjadi huru-hara sejak kudeta 1 Februari lalu, dengan ratusan ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan menuntut kembalinya demokrasi dan pembebasan Cik Suu Kyi.

Pihak Junta mewajarkan tindakan itu dengan mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihan raya November lalu dengan parti Cik Suu Kyi meraih kemenangan besar.

Pada masa sama, pasukan keselamatan telah semakin meningkatkan penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Kumpulan pemantau tempatan, Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik (AAPP) melaporkan kematian lebih 210 orang dalam tindakan kekerasan tentera di seluruh negara.

Sejauh ini pihak junta telah menghalang Cik Suu Kyi untuk bertemu dengan pasukan peguamnya, yang telah pun menolak semua dakwaan dan menganggap semua tuduhan itu sebagai rancangan politik.

Perbicaraan mahkamah bagi Cik Suu Kyi yang asalnya dijadualkan pada Isnin lalu juga terpaksa ditangguhkan kerana tiada akses Internet di mahkamah, setelah rejim tentera memutuskan komunikasi untuk cuba menghentikan tunjuk perasaan.

Sementara itu, Myanmar berada di ambang pengasingan yang semakin meningkat semalam sedang perkhidmatan Internet menjadi semakin terhad di negara itu, selain surat khabar swasta terakhir berhenti diterbitkan.

Ini sedang junta tentera terus mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya setelah menggulingkan pemerintah awam yang dipilih dan diterajui Cik Suu Kyi. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg