Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Myanmar sengaja kepung, guna kekerasan: Kumpulan hak asasi

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa rejim tentera Myanmar sengaja mengepung dan menggunakan kekerasan untuk membunuh orang awam yang mendesak pemerintah Aung San Suu Kyi dipilih semula, selepas rampasan kuasa oleh junta pada 1 Februari lalu.



Menurut laporan yang dibentangkan pertubuhan yang berpangkalan di New York itu pada Khamis lalu, askar dan polis bersenjatakan senapang melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang terkepung dan mereka cuba membantu penunjuk perasaan yang cedera.



Tindakan itu membunuh sekurang-kurangnya 65 penunjuk perasaan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian di kawasan kejiranan di Hlaing Tharyar di Yangon.



Penemuan itu berdasarkan temu bual bersama enam saksi dan analisis 13 video dan 31 gambar mengenai keganasan yang dimuat naik di laman sosial.



Rakaman yang dianalisis HRW termasuklah satu video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pegawai polis, iaitu mengenai pembincangan penggunaan jenis senjata yang berbunyi "saya tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada orang-orang ini".



Apabila rampasan kuasa itu tercetus, demonstrasi aman secara besar-besaran berlaku di seluruh negara, namun bertukar menjadi keganasan, manakala pemimpin kerajaan hari ini menyelar penunjuk perasaan sebagai 'perusuh'.



Pada waktu subuh 14 Mac lalu, penunjuk perasaan yang bergerak melalui jalan utama Yangon, Hlaing River Road untuk protes duduk, dipaksa untuk bersurai oleh pihak berkuasa yang datang pada 10 pagi.



Berdasarkan analisis dua video dan imej satelit, HRW mendakwa pihak tentera 'mengepung' penunjuk perasaan di antara 12 tengah hari dengan 12.40 tengah hari.



Seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai 'Zaw Zaw' berkata, pihak berkuasa itu mula menembak gas pemedih mata dan peluruh getah, seterusnya melepaskan tembakan secara langsung.



"Kami hanya menggunakan lastik dan batu, dan melontar beberapa molotov coktail (bom buatan sendiri). Banyak yang mati saya lihat. Saya tidak akan lupa hari itu," katanya.



Saksi yang menyaksikan keadaan itu percaya, pihak berkuasa menyasarkan tembakan ke arah penunjuk perasaan.



HRW berkata, pihaknya mengesahkan saksi dengan video yang menunjukkan pasukan keselamatan menghalang laluan keluar penunjuk perasaan dan dengan sengaja menyerang mereka serta pekerja kesihatan yang cuba membantu mereka yang cedera. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >