Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Perancis bunuh pemimpin ISIS di Afrika

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Presiden Emmanuel Macron semalam mengatakan pasukan tentera Perancis telah membunuh pemimpin ISIS di Afrika, Adnan Abu Walid al-Sahrawi.



Beliau mengatakan pasukan Perancis telah mencapai kejayaan besar dalam memerangi pengganasan.



"Ini adalah satu lagi kejayaan besar dalam memerangi kumpulan pengganas di Sahel," kata Encik Macron tanpa menyatakan lokasi operasi tentera Perancis itu.



Sahrawi pemimpin ISIS bersenjata di wilayah Sahel di Nigeria.



Kumpulan Sahrawi menyasarkan tentera Amerika Syarikat dalam satu serangan maut pada 2017.



Pejabat Encik Macron mengatakan pada Ogos tahun lalu, Sahrawi secara peribadi memerintahkan pembunuhan enam pekerja amal Perancis dan pemandu mereka dari Nigeria



Pada Julai lalu, Encik Macron mengatakan Perancis akan segera membangunkan kembali kekuatannya di Sahel.



Perancis berada di barisan hadapan dalam memerangi ISIS di Sahel.



Operasi Perancis dan kekacauan politik, terutama di Mali, membuat Paris kecewa.



Perancis kemudian mengurangkan kehadiran ketenteraannya di rantau tersebut.



Kumpulan Sahrawi dipersalahkan bagi serangkaian serangan di Mali, Nigeria dan Burkina Faso.



Aktiviti pengganasan kelihatan berpindah dari Timur Tengah atau negara Barat ke benua Afrika, di negara seperti Somalia dan Burkina Faso, serta Filipina di Asia Tenggara.



Afrika Barat diasak serangan pengganas berulang kali dengan banyak nyawa terkorban dan ribuan orang terusir dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, di samping krisis kemanusiaan serius yang diakibatnya.



Burkina Faso, Nigeria dan Mali di Wilayah Sahel menjadi satu daripada pusat perpindahan dan perlindungan pelarian paling pantas berkembang di dunia.



Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wilayah itu menempatkan 851,000 pelarian dengan hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal.



PBB menyatakan tahap kemusnahan yang berlaku dan jumlah orang yang terpaksa berpindah belum diketahui kerana anggota misi kemanusiaan sendiri terpaksa meninggalkan kawasan berkenaan.



Sahel pula dilanda serangan kejam yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun ini oleh beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan militan Daesh ISIS dan Al-Qaeda.



Lokasi itu dikenali sebagai kawasan tiga sempadan, iaitu titik pertemuan tiga negara, selain kawasan pergerakan penembak curi yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Daesh. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >