Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera putuskan Internet lagi sedang rakyat Myanmar teruskan bantahan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Junta tentera Myanmar memutuskan hubungan telekomunikasi buat hari kedua berturut-turut, sebagai satu usaha membendung bantahan besar-besaran rakyat dan kemarahan mereka terhadap rampasan kuasa yang dilakukannya pada 1 Februari.



Langkah memutuskan talian telekomunikasi dibuat sebaik sahaja selepas siaran televisyen pemerintah MRTV mengumumkan tindakan ketua junta, Jenderal Min Aung Hlaing, memperkenal satu undang-undang telekomunikasi baru, yang butirannya dijadualkan diumum semalam.



Pihak berkuasa telah cuba memutuskan kemudahan telefon dan Internet bagi menghalang penunjuk perasaan menganjurkan bantahan, sambil pada masa sama memberi diri mereka sendiri kuasa memintas perhubungan dan menahan penunjuk perasaan.



Tindakan tentera Myanmar mengerahkan lebih ramai askar ke seluruh negara dan menyekat akses Internet selama dua malam berturut-turut hanya menambah kemarahan rakyat.



Sekatan mengehadkan penggunaan Internet itu bertujuan menghentikan bantahan besar-besaran, namun semalam lebih ramai penduduk awam turun padang menyertai tunjuk perasaan.



Pasukan tentera semalam meningkatkan usaha mematahkan kebangkitan kumpulan yang menentang rampasan kuasa tentera dua minggu lalu, yang menyaksikan pemimpin utama, Cik Aung San Suu Kyi, ditahan bersama ratusan yang lain.



Sebahagian besar barisan kepimpinan awam, termasuk ahli parlimen demokratik yang dilantik kerajaan, turut ditahan, selain ramai lagi aktivis diburu.



Tindakan tentera itu sekali gus menyaksikan Myanmar kembali berada di bawah pemerintahan tentera selepas 10 tahun mengecapi demokrasi.



Talian Internet terputus berjam-jam sejak awal pagi kelmarin, sementara kehadiran pasukan tentera di serata negara itu ditambah pada waktu malam, termasuk pengerahan kereta perisai ke Yangon.



Semalam, jaringan Internet diputuskan semula dan NetBlock, yang berpangkalan di United Kingdom, berkata penembusan sambungan Internet hanya sekitar 15 peratus saja.



"Myanmar ketika ini menghampiri penutupan Internet sepenuhnya selama dua malam berturut-turut," kata NetBlocks menerusi Twitter.



Tindakan itu dikatakan menyusuli tunjuk perasaan besar-besaran di serata Myanmar, meskipun terdapat kehadiran pasukan tentera yang besar di sekitar Yangon.



Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Christine Schraner Burgener, menegur tindakan menyekat jaringan Internet itu, menyifatkannya sebagai mencabuli hak prinsip demokratik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >