Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Russia perhebat serangan ke sasaran strategik

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia telah menggandakan serangan ke sasaran strategik merentasi Ukraine kelmarin, dengan pertempuran sengit dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota, Kyiv, sedang kota Mariupol hampir jatuh ke tangan Moscow.



Sedang konflik ini memasuki bulan kedua, tentera Russia secara amnya gagal menawan kota-kota besar Ukraine dan kini memberi tumpuan mahu merampas kota pelabuhan selatan, Mariupol, dan menyasarkan secara strategik kota Chernihiv di utara.



Bunyi semboyan amaran kedengaran di Kyiv pada siang hari tetapi kota itu kekal tenang, seakan mengiyakan kenyataan Kementerian Pertahanan Russia sebelum ini bahawa ia telah mengalih perhatian dari Kyiv untuk memberi tumpuan kepada kawasan timur Ukraine.



Beberapa unit Russia telah berundur ke Belarus di utara untuk kembali berkumpul dan melengkapkan semula persenjataan mereka, menurut tentera Ukraine, tetapi serangan hebat meriam terus berlaku di sekitar Chernihiv, di timur laut Kyiv.



Tujuh orang, termasuk dua kanak-kanak maut akibat serangan meriam di Kharkiv, di utara Ukraine, sedang tentera Russia berusaha menawan kota dekat sempadan itu, menurut berita daripada media Ukraine.



Peluru berpandu juga disasarkan di depo minyak di barat Ukraine sedang Russia terus menggunakan serangan udara untuk menghentikan bekalan kepada tentera Ukraine.



Selain itu, Russia kelmarin turut mendakwa telah menyerang objek milik tentera Ukraine di barat laut Zhytomyr dengan peluru berpandunya.



Bercakap pada taklimat harian di Moscow, jurucakap Kementerian Pertahanan, Encik Igor Konashenkov, berkata sebuah depot peluru dimusnahkan di penempatan Velyki Korovyntsi dengan peluru berpandu Kalibr, sementara peluru berpandu Onyx pula menyerang simpanan bahan api di bandar Mykolaiv.



Katanya, sistem pertahanan udara Russia juga memusnahkan tiga jet pejuang Ukraine, dua Su-25 dan satu Su-24, enam pesawat tanpa pemandu (UAV) berhampiran penempatan Vyshneve serta peluru berpandu balistik Tochka-U berhampiran penempatan Vasylivka.



"Secara keseluruhan, sejak bermula gerakan ketenteraan khas di Ukraine, sejumlah 267 pesawat tanpa pemandu, 207 sistem peluru berpandu antipesawat, 1,618 kereta kebal dan kenderaan tempur berperisai lain, 166 pelancar roket, 662 meriam medan dan meriam mortar serta 1,453 unit kenderaan khas tentera sudah dimusnahkan," katanya.



Beliau berkata Russia juga menyerang 117 objek tentera di Ukraine sepanjang hari terakhir, termasuk enam pos komando, tiga pelancar roket berganda, satu sistem pertahanan udara S-300 dan 11 gudang.



"Buat masa ini, pertempuran berterusan untuk mengawal penempatan Novomikhailovka dan Novobakhmutovka," katanya.



Perang Russia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari lalu membangkitkan kemarahan antarabangsa dengan Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan United Kingdom melaksanakan sekatan kewangan keras ke atas Moscow.



Sekurang-kurangnya 1,081 orang awam terbunuh di Ukraine sementara 1,707 mangsa cedera, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan jumlah sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.



Agensi pelarian PBB pula merekodkan lebih 3.7 juta rakyat Ukraine keluar melarikan diri ke negara jirannya dengan berjuta lagi hilang tempat tinggal di dalam negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >