Tentera Syria merampas kembali bandar Aleppo

ALEPPO (Syria) - Tentera Syria telah merampas semula bandar Aleppo yang musnah teruk akibat peperangan yang berlaku, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera semalam.

Ia merupakan satu kemenangan besar untuk pentadbiran Bashar al Assad, dalam usahanya memerangi pasukan penentang sejak perang saudara meletus pada 2011.

Pengumuman itu dibuat selepas perjanjian evakuasi bersejarah yang menghentikan serangan sebulan di timur Aleppo oleh tentera pemerintah dan militia bersekutu.

Operasi itu menamatkan satu peperangan yang berjalan hampir empat setengah tahun dan merubah bandar bersejarah itu menjadi medan berdarah yang menjadi simbol kemusnahan di dunia ini.

Ribuan penduduk di bahagian barat bandar itu - yang kekal di bawah kawalan pemerintahan Bashar al-Assad sepanjang konflik itu - bersorak sorai di jalanan sambil meneriak slogan dan menjerit kesukaan biarpun dalam keadaan amat dingin.

Kenderaan bergerak dengan perlahan, pemandu membunyikan hon, dan kanak-kanak di dataran di bandar itu melukis bendera Syria di pipi mereka.

"Kami amat gembira. Kehidupan kembali ke Aleppo hari ini," kata peguam Omar Halli, yang meramalkan "kemenangan kembali ke seluruh Syria".

Satu kenyataan pihak tentera berkata, pemerintah tentera "mengumumkan keselamatan Aleppo selepas ia membebaskan terorisme dan pengganas, dan kepulangan mereka yang tinggal di situ".

Seorang pegawai penentang berkata, kekalahan itu adalah satu tamparan hebat terhadap penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad

"Di peringkat politik, ia satu kekalahan yang amat besar," kata Yasser al-Youssef yang mewakili kumpulan penentang Nureddin al-Zinki. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:53
Isyak
8:07
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.