Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Tentera Ukraine dakwa tangkis serangan Russia di pintu masuk Kyiv

Feb 27, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Ukraine menyatakan ia menangkis serangan Russia di salah satu pintu masuk utama ke ibu kota negara itu, Kyiv, semalam.



Russia "menyerang salah satu unit tentera di Victory Avenue di Kyiv. Serangan itu dapat ditangkis", kata tentera Ukraine di laman Facebook rasminya.



Seorang wartawan agensi berita AFP berkata letupan kuat didengar di tengah Kyiv awal pagi semalam.



Dalam satu kenyataan berasingan, tentera berkata "pertempuran hebat" berlaku di pekan Vasylkiv, selatan Kyiv, dan Russia "sedang cuba mendaratkan pasukan payung terjunnya".



Tentera Ukraine mendakwa menembak jatuh sebuah helikopter dan sebuah pesawat SU-25 Russia sekitar tengah malam semalam, dan menunjukkan gambar sebuah pesawat pengangkut tentera IL-76 yang musnah.



Ia tidak menyatakan berapa ramai orang dalam pesawat itu. Tidak ada pengesahan daripada kementerian pertahanan Russia.



Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Encik Jens Stoltenberg, kelmarin memaklumkan pakatan itu akan mengerahkan pasukan tindak balas pantasnya buat kali pertama bagi memperkukuh pertahanan dalam menghadapi pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



"Ia belum diputuskan. Yang kita lihat tentera Ukraine bertempur dengan berani dan sebenarnya mampu mendatangkan kerosakan ke atas pencerobohan tentera Russia.



"Ia pencerobohan penuh ke atas Ukraine. Mereka bergerak ke arah Kyiv dan matlamat yang dinyatakan ialah menukar pemerintah Ukraine," katanya selepas sidang puncak video bersama pemimpin Nato.



Beliau memberi amaran pencerobohan Kremlin mewujudkan "norma baru", mengancam keselamatan Eropah yang lebih luas melebihi Ukraine, yang bukan ahli Nato.



Perikatan pertahanan itu, katanya, ada elemen Pasukan Tindak Balas Nato (NRF) di darat, laut dan udara. Diwujudkan pada 2003, NRF terdiri daripada 40,000 kakitangan, termasuk kontinjen 8,000 anggota tentera udara, laut dan operasi khas yang boleh dikerah dalam beberapa hari.



"Kami mempunyai lebih 100 jet yang bersiap sedia, beroperasi di lebih 30 lokasi berbeza dan lebih 120 kapal dari utara ke Mediterranean.



"Ini bagi memelihara keamanan, mencegah serangan dan mengelakkan perang di Ukraine melebar ke mana-mana negara sekutu Nato," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >